"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib takut dengan bayang bayang sendiri?

Abdullah Ngah
Datuk Seri Mohd Najib Razak susah hati dengan perkembangan yang berlaku dalam UMNO .Tetapi mendapat pujian Datuk Shahrir Samad bahawa Najib berada pada landasan yang betul.

Kita tidak tahu apa yang dikatakan betul itu sedangkan Najib setakat hari ini tidak melakukan sebarang perubahan yang radikal. Itulah kata Shahrir.

Kata Shahrir lagi, Najib tidak mengubah semua sekali tetapi meneruskan perubahan dan transformasi yang telah bermula sejak 1997 ketika Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Perubahan itu terus berlaku sehinggalah beliau mengambil alih pemerintahan negara. Apa yang Najib lakukan adalah tersusun dan sistematik serta berada pada landasan yang betul.

Kata Shahrir, contoh DEB tidak dibuang begitu sahaja tetapi ia diperhalusi di dalam MEB. Kita lihat membasmi kemiskinan tetap ada walaupun kemiskinan tegar tidak ada lagi dan ia ditumpukan kepada golongan 40 peratus masyarakat berpendapatan rendah.

Oleh itu apa yang dilakukan oleh Najib adalah lebih tersusun dan kesinambungan dari dasar-dasar yang dilakukan sebelumnya.

Sama ada Najib boleh menerima bulat bulat akan pujian yang dilakukan oleh Shahrir Samad itu suatu yang lain, tetapi susah hati Najib dengan wujudnya puak dalam UMNO sekarang begitu jelas.

Kalau Dahulu UMNO mempunyai puak A dan puak B sahaja iaitu Team A dan Team B tetapi sekarang ini bukan setakat itu sahaja malah sudah ada puak A, puak B dan Puak C. Puak puak ini punca Najib susah hati.

Belaiu susah hati kerana "hayat" jawatan perdana menteri yang disandang sekarang akan pendek tidak sepanjang hayat Tun Dr Mahathir.

Hayat Tun Abdullah Ahmad Badawi pendek kerana ada puak yang tidak senang dengan jawatan yang disandang waktu itu.Jadi tidak mustahil ada puak yang akan ikut rentak puak supaya Tun Abdullah letak jawatan.

Puak puak yang ada didalam Umno dilihat sangat berbahaya, sebab itu najib susah hati dan meminta agar janganlah berpuak lagi atau dengan kata lain jangan ada puak dalam UMNO ini kalau mahu kekal memerintah Negara.

Itulah pesan Najib yang kita lihat sangat menakutkan sesiapa sahaja dengan kewujudan puak dalam UMNO yang barangkali talihayat BN akan putus dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.

Bukan UMNO sahaja yang membawa masalah tetapi MCA juga mempalitkan masalah besar kepada BN. Contoh, dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor tidak lama dahulu undi orang china sudah beralih kepada Pakatan Rakyat.

Oleh itu, puak puak yang wujud dalam UMNO kemungkinan undinya akan beralih juga dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti disamping orang China sudah Nampak dengan jelas bahawa jalan mudah baginya untuk memerintah Negara berbanding berada dalam BN dengan berada didalam Pakatan rakyat.

Tiada ulasan: