"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPRM digesa siasat 'iklan Rosmah'

Suruhanjaya Pencegaran Rasuah Malaysia (SPRM) didesak menyiasat iklan mahal tentang isteri perdana menteri Rosmah Mansor dalam sebuah akhbar terkenal Amerika Syarikat New York Times.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mempersoal bagaimana wang yang didakwanya berjumlah sehingga RM1.5 juta diperolehi untuk membiayai pengiklanan dua mukasurat penuh dalam akhbar itu.

"Ini kerana Pengarah Eksekutif New York Times Dianne McNulty sendiri mengesahkan bahawa iklan itu ditempah oleh sebuah agensi pengiklanan bagi pihak Kerajaan Malaysia.

"Dan bukannya oleh individu-individu seperti yang dinamakan dalam iklan tersebut," katanya.

Sabtu lalu, Zuraida dilaporkan
menggesaRosmah membuat permohonan maaf secara terbuka kerana didakwa merujuk dirinya sebagai "wanita pertama" (first lady) - satu tindakan yang dianggapnya menderhaka.

Zuraidah dilaporkan merujuk kepada yang disiarkan bulan lalu, yang mengucapkan tahniah kepada "Rosmah, Wanita Pertama Malaysia" sempena dikurniakan Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

Iklan 16 April itu juga dilaporkan oleh agensi berita nasional,
Bernama yang mendapat perhatian blog Malaysia Today, yang dikendalikan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang kini diburu kerajaan.

Laman web itu juga melaporkan iklan yang dianggarkan bernilai RM10 juta itu juga memuatkan gambar besar Rosmah dengan tajuk "Malaysia berbangga dengan anda".

Menurut
Bernama, kos berkenaan ditampung oleh "keluarga dan sahabat Rosmah di Amerika dan Malaysia".

Dalam satu kenyataan hari ini, Zuraida berkata menjadi tanggungjawab utama bagi SPRM untuk menyiasat perkara ini dengan efisien.

"Saya mahu sumber ini diperjelaskan dengan nyata agar pengkhianatan terhadap wang rakyat tidak berlaku hanya untuk memenuhi selera dan nafsu pihak yang berkuasa," katanya yang juga ahli parlimen Ampang.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: