"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemuda bimbang masjid, kuasa sultan dipolitikkan

Johari Jaafar
IPOH, 11 Mei:
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melahirkan kebimbangan dengan suasana dua institusi penting yang termaktub di dalam Rukun Negara iaitu masjid dan sultan yang cuba dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu.

Timbalan ketuanya, Mohd Munir Ali berkata, pihak berkenaan masih merasakan mereka di pihak yang benar walaupun sebenarnya sudah dihukum oleh rakyat terhadap kesalahan yang dilakukan selama ini.

“Kuasa masjid dan Sultan telah diletakkan di dalam Perlembagaan Negara yang semua rakyat bersetuju dan patuh akan ketetapan tersebut tetapi di Negeri Perak, perkara ini tidak timbul kerana semuanya telah dipolitikkan tanpa rasa segan silu lagi,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, ia dimulakan dengan pelantikan ahli jawatankuasa (AJK) masjid di seluruh negeri yang sudah lama dipolitikkan, malah Umno Perak sudah ‘dibenarkan’ menggunakan institusi berkenaan tanpa merasa bersalah.

“Malah Pemuda PAS Perak amat bimbang dengan suasana tidak demokratik ini dan suasana ini akan merosakkan peranan sebenar masjid seperti mana yang dituntut oleh agama Islam.

“Kuasa Sultan juga cuba dinafikan sehingga kini kerana isu perlantikan AJK masjid di Perak masih belum selesai,” katanya lagi.

Tiada ulasan: