"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pilihan raya Sibu, isu 'Allah' tak dibenarkan

Semua parti politik diarahkan supaya menghentikan penggunaan isu “Allah” sepanjang kempen pilihan raya kecil parlimen Sibu pada Ahad ini.

Arahan itu dikeluarkan oleh pihak polis Sarawak menerusi OCCI SAC II Huzir Mohamed yang berkata ia isu yang sensitif.

Beliau memberi amaran, mereka yang mengengkari arahan itu boleh ditahan atas tuduhan menghasut atau juga didakwa menurut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Saya n
asihatkan semua parti untuk menghentikan isu itu serta merta. Jangan timbulkan sebarang masalah,” katanya pada sidang media hariannya di Sibu, hari ini.

Kedua-dua parti - BN dan DAP yang terbabit pada pilihan raya ini mengheret isu agama dalam kempen masing-masing.

DAP menimbulkan isu penggunaan kalimah 'Allah' di kalangan bukan Islam, khususnya di kalangan penganut Kristian manakala BN yang diwakili oleh SUPP membidas pembangkang berhubung debat menubuhkan negara Islam.

I
su agama itu dijaja oleh semua pihak yang bertanding bagi memancing undi masyarakat Kristian yang di kerusi parlimen Sibu.

Tidak kurang 53 peratus pengundi Sibu termasuk di kalngan pribumi dan Cina adalah penganut Kristian.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: