"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPRM temui MP Kapar, keluar dengan tangan kosong

KAPAR, 10 Mei: Ahli Parlimen Kapar enggan menyerahkan dokumen berkaitan dakwaan rasuah melibatkan syarikat pasir Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atas alasan kurang meyakini agensi itu.

Bagaimanapun S. Manikavasagam berkata, beliau akan membuat laporan polis esok dan akan menyerahkan dokumen yang berkaitan dengan syarikat pasir negeri Selangor itu.

“Saya tidak percaya dengan SPRM kerana mereka gagal untuk mengambil apa-apa tindakan tentang aduan saya dalam skandal tanah Kampung Perepat di Kampar dan apa yang terjadi pada (bekas setiausaha politik Exco Kerajaan Negeri Selangor), Teoh Beng Hock,” katanya.

Dua pegawai SPRM dari Putrajaya menemui Manikavasagan di pusat perkhidmatannya pagi ini, tetapi meninggalkan premis tersebut dengan tangan kosong.

“Mereka kata mahu membantu saya, tetapi saya mengatakan kepada mereka bahawa saya tidak mahu bekerjasama dengan mereka,” katanya.

Manikavasagam berkata, dokumen mengenai Kumpulan Semesta diberikan oleh orang dalam termasuk dua pegawai dan kontraktor.

Dokumen-dokumen itu termasuk memorandum dalaman, invois dan perakuan berkanun dibuat oleh kontraktor.

Manikavasagam berkata, kerajaan negeri harus sedar bahawa tuduhan yang dibuat bukan isu baru.

Beliau mengatakan kerajaan negeri seharusnya menyiasat kes tersebut secara terperinci atau menggunakan pemerhati seperti Selcat atau melantik jawatankuasa yang berkebolehan, telus bagi menjawab segala tuduhan tersebut sebelum beliau melibatkan diri dalam perkara tersebut.

Wakil rakyat itu mengatakan ada individu yang membuat aduan kepada Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo tetapi sia-sia.

Ahli Parlimen Puchong itu telah menulis kepada Exco Negeri tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

Manikavasagam berkata, mereka telah membuat aduan dengan pengamal undang-undang dari negeri-negeri lain yang juga disebut kes itu kepadanya.

“Saya menggaris hal ini sebagai ketua biru pengaduan masyarakat PKR,” katanya.

SPRM menemui Manikavasagam ekoran pendedahannya yang disiarkan kelmarin.

Manikavasagam dalam kenyataan dilihat sebagai kata dua kepada Khalid, memberi tempoh 72 jam kepada Menteri Besar agar membersihkan pentadbirannya daripada amalan rasuah.

Sebaliknya Khalid meminta Ahli Parlimen Kapar itu agar mendedahkan nama mereka terlebih dahulu.

Manikavasagam menyahut cabaran Menteri Besar Selangor dan akan mendedahkan nama tiga pegawai atasan syarikat pasir Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. yang didakwanya amalkan rasuah, esok.

Beliau dijangka membuat laporan polis esok.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: