"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS soal apa manafaat pameran pertahanan

Nyza Ayob
KUALA LUMPUR, 12 Julai:
Dr. Che Rosli Che Mat (PAS-Hulu Langat) meminta Kementerian Pertahanan menyatakan usaha pemindahan teknologi yang dapat dijalinkan dan dilaksanakan hasil dari kejayaan Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA 2010) yang berlangsung di PWTC pada April lalu.

Beliau yang turut mengikuti pameran tersebut menyatakan pengunjung diberi taklimat oleh syarikat komunikasi yang terlibat dalam pameran tersebut mengenai kepakaran yang dimiliki termasuk daripada segi peralatan sehingga boleh mentafsir pelbagai bahasa.

"Adakah sekarang ini Kementerian Pertahanan memanfaatkan syarikat yang terlibat bagi membantu teknologi pertahanan di negara kita termasuk berkaitan perkapalan?"soalnya sewaktu mengemukakan soalan tambahan sewaktu sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menjelaskan syarikat yang terlibat merupakan syarikat dari luar negara tetapi kepakaran syarikat tersebut tidak mendapat perhatian daripada kementerian lain di negara ini.

Jelasnya kabinet telah mengarahkan supaya syarikat tempatan memenuhi kriteria antarabangsa agar syarikat tempatan juga dapat menyertai industri strategik in
i.

Tiada ulasan: