17 Ogos - Kebimbangan kerajaan Umno Barisan Nasional mengenai kemungkinan rakyat mengalih perhatian dari media arus perdana kepada laman web pro-pembangkang, mungkin faktor utama mendorong cadangan tapisan internet diteruskan.
Dan, bagi mengelakkan rakyat membuat bantahan terhadap hak kebebasan bersuara, pimpinan Umno BN yang bergelar menteri, menjadikan alasan antara lain ialah pembasmian laman web porno, sebagai alasan.
Ini dilihat sebagai gerakan terancang pimpinan Umno BN bagi mengekang maklumat sampai ke tangan rakyat, selepas beberapa media cetak terbitan parti pembangkang dikenakan tekanan, malah permit Suara keadilan sehingga kini tidak diperbaharui.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shahrin menyifatkan kecurigaan rakyat terhadap media arus perdana mendorong Umno BN memintas usaha penyaluran maklumat melalui internet.
Ura-ura penapisan internet ini mula kedengaran selepas hasil kajian Merdeka Centre yang menunjukkan 60 peratus rakyat Malaysia tidak mempercayai media arus perdana, didedah kepada umum.
Bulan lalu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim mempertimbang pandangan bekas Perdana MenteriTun Dr Mahathir Mohamad berhubung keperluan menapis bahan pornografi di internet.
Sekalipun bersandarkan alasan mengekang pornografi, lain pula ceritanya di organisasi kerajaan kerana jabatan kerajaan tidak boleh akses anwaribrahim.com dan harakahdaily.com.net, walhal jabatan kerajaan dibenarkan untuk akses laman-laman Umno.
"Ini jelas mengambarkan bahawa kerajaan sebenarnya dalam keadaan cukup tertekan,dan saya percaya dan yakin,mereka sebelum pilihanraya akan datang akan menhalang malaysia dengan maklumat internet dan sebagainya" kata beliau.
Pimpinan Umno BN seakan-akan tidak peduli terhadap faktor lain yang lebih penting, asalkan penyaluran maklumat dapat disekat bagi memastikan penguasaan politik tidak terlepas ke tangan pembangkang.
Tetapi akibatnya Malaysia akan mendapat tentangan yang hebat sekiranya mereka haramkan beberapa saluran internet,teknologi maklumat dan sebagainya malah akan mendapat hentaman hebat dalam aspek pelaburan kerana pelabur-pelabur tidak akan pergi ke negara yang demokrasinya mati dan palsu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan