"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu Perlembagaan Baru: Realiti atau Fitnah?

tayadihmaysia
Isu menggubal Perlembagaan Baru ini memang sangat sensitif. Tambah-tambah apabila isu ini ditimbulkan oleh mufti yang merupakan orang yang "dipercayai dan dipandang mulia" (bergantung pada orang) oleh masyarakat Islam. Jadi timbul persoalan, mengapa isu ini ditimbulkan oleh mufti? Adakah kerana kata-kata tuan mufti ini mudah diterima oleh rakyat berbanding jika hal itu ditimbulkan oleh ahli politik?

Di mana kebenaran tentang hal ini sedangkan pemimpin PR sudah berkali-kali menegaskan untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang dipegang selama ini. Jadi isu ini sepatutnya tidak timbul, melainkan isu ini digunakan untuk meraih sokongan dan menakut-nakutkan orang Melayu. Jika itulah tujuannya, maka pihak yang terlibat menimbulkan isu ini sangat tidak bertanggungjawab dan wajar dikenakan tindakan kerana hal itu mencetuskan keresahan dan kebimbangan orang Melayu terutamanya yang bergantung pada media arus perdana sebagai sumber maklumat. Persoalannya, mahukah pemerintah mengambil tindakan jika pihak yang tidak bertanggungjawab ini menimbulkan isu yang memberikan kelebihan politik kepada pemerintah?

Logiknya, bukan mudah untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan dan menggantikannya dengan Perlembagaan Baru. Sudah tentu proses untuk berbuat demikian memerlukan sokongan semua masyarakat terutamanya orang Melayu yang menjadi tunjang di negara ini. Berdasarkan dakwaan mufti ini, Perlembagaan Baru itu akan menghakis hak orang Melayu dan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Orang politik tahu bahawa perkara yang disentuh oleh tuan mufti ini sangat sensitif. Jadi, tidak kiralah PKR atau DAP, masing-masing tahu untuk meraihkan sokongan dan memastikan keamanan negara ini, maka hal yang berkaitan dengan Perlembagaan tidak akan disentuh.

Berdasarkan fakta sejarah, pihak yang menggubal Perlembagaan sehingga menjejaskan hak orang Melayu dan maruah raja-raja Melayu selama ini ialah UMCO. Itu hakikat. Tuan mufti ini harus bangkitkan hal ini. Ingat betapa "hinanya" institusi kesultanan Melayu pada waktu itu yang diserang oleh UMCO dan media UMCO sehingga kemuncaknya apabila hak-hak tertentu raja ditarik dan diubah. Implikasinya boleh anda lihat pada hari ini. Cuba selak kembali laman blog, portal berita tentang UMCO terutamanya di bawah pentadbiran Najib, memperdagangkan hak orang Melayu dalam bentuk ekuiti, saham, dan sebagainya demi kepentingan politik Njib dan UMCO. Liberalisasi sana, liberalisasi sini.

Tuntasnya, isu yang disiarkan di muka depan UM ini hanyalah mainan politik yang berunsur fitnah untuk meraih sokongan orang Melayu, tambah-tambah orang yang membangkitkan isu ini ialah mufti. Sama ada tuan mufti itu diberi maklumat yang berunsur fitnah atau dia bersekongkol dengan pihak tertentu bagi memastikan UMCO terus berkuasa pada PRU akan datang. Kecualilah DAP mahupun PKR memang buta politik sehingga memberikan mereka idea untuk mendraf Perlembagaan Baru seperti yang dimaksudkan oleh mufti ini. Namun saya tetap menganggap bahawa hal ini adalah fitnah yang menandakan bahawa PRU-13 akan diadakan tidak lama lagi. Isu ini juga timbul apabila masyarakat Melayu di luar bandar dan di kubu kuat UMCO sudah mula beralih ke PR (misalnya di Johor). Semalam Najib cuba menagih simpati masyarakat Cina sehingga menimbulkan tanda tanya, adakah Najib akan menerima 12 permintaan Kongres Cina termasuk mengurangkan ekuiti 30 peratus yang membabitkan Bumiputera?

Saya petik:
[UM] KUALA LUMPUR 16 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) mengesahkan tahu siapa dan parti politik mana yang terlibat dalam mewujudkan perlembagaan baru tetapi enggan mendedahkannya.

Beliau berkata, langkah itu bagi mengelakkan berlakunya ‘peperangan besar’ di negara ini.

“Saya tahu siapa, parti politik mana terlibat dalam menubuhkan perlembagaan baru itu. Tetapi saya tidak akan dedahkan, biarlah sekadar memberitahu terdapat kegiatan pihak tertentu untuk mewujudkan perlembagaan baru menggantikan Perlembagaan Persekutuan.

“Sekiranya didedahkan kesannya terlalu besar sehingga boleh mencetuskan peperangan besar di negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Harussani mendedahkan terdapat kegiatan pihak tertentu mewujudkan ‘perlembagaan baru’ bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan dalam satu Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya, Ipoh, Perak.

Menurut beliau, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.
Mengulas lanjut, Harussani bagaimanapun berkata, beliau mungkin akan mendedahkan maklumat mengenai pihak yang terlibat sekiranya mendapat permintaan daripada kerajaan.
“Buat masa ini tiada pendedahan akan dibuat,” katanya. - Mohamad Shofi Mat Isa
www.duniacacamarba.blogspot.com

Tiada ulasan: