"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas pengetua dituduh cabul anak yatim

Bekas pengetua sebuah pusat untuk anak-anak yatim dan miskin, Abdul Rahman Ramani, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan mencabul kehormatan seorang penghuni perempuan asrama itu, tahun lalu.

Abdul Rahman, 41, didakwa mencabul kehormatan pelajar berumur 14 tahun dengan meraba kemaluan dan buah dada gadis itu di pejabat Asrama Baitul Ummah di Taman Setapak Indah, Sentul, di Kuala Lumpur pada jam 8 malam 20 Oktober tahun lalu.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Aizatul Akmal Maharani membenarkan Abdul Rahman diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 September ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norasyikin Ahmad manakala Abdul Rahman diwakili peguam, M Govindaraju.

Seorang saudara tertuduh kemudiannya membayar wang jaminan itu.

-Bernama-

Tiada ulasan: