"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Aduan ‘sampah’ melibatkan pemimpin Umno?

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 17 Ogos:
PAS khuatir aduan yang dikategorikan 'sampah' oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan aduan kepada pemimpin Umno Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu, katanya PAS mendesak memaklumkan kepada pengadu apabila mereka menolak aduan yang dianggap sampah.

Beliau berkata, pihak pengadu memerlukan maklumat siasatan dan SPRM perlu mengetahui kenapa aduan mereka dibakulsampahkan.

“Kita khuatir aduan 'sampah' ini melibatkan aduan kepada pemimpin Umno BN, kerana sehingga kini berpuluh laporan dibuat masih tiada siasatan.

“Bahkan kita masih menunggu lapan kes berprofil tinggi sebagaimana yang didedahkan oleh Rais Yatim, apakah ianya juga dianggap sampah oleh SPRM,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, pihak pengadu juga tentu boleh membantu pihak SPRM seandainya ada perkara yang diperlukan oleh badan tersebut, kerana menganggap aduan tidak lengkap, tiada dokumen sokongan dan sebagainya.

Oleh itu, ujarnya PAS meminta pihak SPRM jangan terlalu mudah membakulsampahkan setiap aduan yang dibuat.

Media melaporkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kira-kira separuh iaitu 3,293 daripada 6,793 aduan yang diterima SPRM boleh dikategorikan sebagai aduan ‘sampah’.

Ini bermakna, 48.5 peratus daripada laporan yang diterima SPRM pada tahun ini terpaksa ‘diketepikan’ kerana pelbagai faktor termasuk mengandungi maklumat palsu, tidak berasas dan tidak lengkap.

Cuma 3,500 daripada keseluruhan aduan itu adalah berasas dan benar-benar mempunyai unsur rasuah. Daripada jumlah itu, SPRM telah membuka 675 kertas siasatan manakala selebihnya masih dalam peringkat analisis.

Tiada ulasan: