"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tutup sekolah Cina: MCA mahu MPM didakwa

MCA hari ini menuntut Majlis Perundingan Melayu (MPM) diheret ke mahkamah atas dakwaan menghasut kerana cadangan membubarkan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Ahli jawatankuasa pusat MCA, Loh Seng Kok berkata precedent telah dilakukan pada 1978 apabila Mark Koding, seorang ahli parlimen dari Sabah didakwa mengikut Akta Hasutan kerana membuat kenyataan yang sama ketika perbahasan Dewan Rakyat.

"Ini adalah contoh, di mana di Parlimen juga seseorang indivitu tidak mempunyai imuniti mutlak ke atas kenyataan berbaur hasutan yang mereka luahkan,” katanya.

Menurut Loh, undang-undang hasutan boleh diambil ke atas MPM kerana sekolah-sekolah berkenaan dijamin mengikut Akta Pendidikan 1996 dan Artikel 152 (A) perlembagaan persekutuan.

Selain mempelajari bahasa ibunda, Loh berkata sekolah jenis kebangsaan tidak membantutkan perpaduan nasional kerana pelajar juga diwajibkan mempelajari bahasa Malaysia dan ditiupkan dengan semangat cintakan negara.

"Sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil tidak menghalang perpaduan nasional. Sebaliknya, kumpulan fanatik dan pelampau seperti MPM adalah dalang utama yang cuba mengagalkan perpaduan nasional,” kata Loh.

Beliau mengulas kenyataan yang dibuat oleh ahli jawatankuasa pengemudi MPM, Kamaruddin Kachar dan Mohd Hilmi Ismail yang dilaporkan media berkata sekolah jenis kebangsaan sepatutnya dibubarkan.

Kenyataan itu dibuat berikutan desakan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek agar kerajaan persekutuan meningkatkan dana untuk sekolah-sekolah berkenaan.

Tiada ulasan: