"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Keluar dari PKR, terus jadi hantu... Besar Punya Jembalang!!

Sebelum baca Kenyataan Media di bawah ni, ingat... ingat baik-baik... manusia bernama Mahathir Mohamad, 12 tahun lalu telah menuduh DSAI dengan pelbagai tuduhan tapi akhirnya segala tuduhan Mahathir ternyata FITNAH!

Ingat lagi anjing bernama Rahim Noor? ... Anjing haramjadah bernama Rahim Nor telah mengkhianati DSAI yang dalam keadaan kedua tangan Anwar Ibrahim bergari dan matanya ditutup. Akhirnya pengkhianatan dan pendustaan binatang belaan Mahathir ini terbongkar jua!

Sekarang bacalah seterusnya.... ingat... banyak yang bila keluar PKR terus bertukar manjadi seolah haiwan liar !!! 

KENYATAAN MEDIA
Tarikh: 26 November 2010

Memalsukan surat untuk tujuan bahan bukti mahkamah

Pada hari ini, 26 November 2010, jam 3 petang, saya telah membuat satu laporan polis di balai polis Dang Wangi tentang pemalsuan sepucuk surat bertarikh 2 Febuari 2009 yang kononnya dikeluarkan oleh saya selaku Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada masa itu.

Saya mengetahui kewujudan surat ini setelah peguam dari plaintif kes Saman Pemula No: R1-24-104-2010 menunjukkan kepada saya afidavit daripada Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PKR sekarang, yang menyatakan satu daripada sebab-sebab beliau bertindak dalam kes itu adalah berdasarkan surat tersebut, yang seperti telah saya nyatakan adalah sepucuk surat palsu.

Saya membuat laporan tersebut dengan harapan satu penyiasatan polis akan dibuat untuk menentukan siapakah mereka yang melakukan pemalsuan tersebut untuk tujuan-tujuan mereka sendiri.

Saya yakin surat palsu tersebut telah melanggar undang-undang jenayah dan sivil serta menganiayai saya, seolah-olah saya seorang yang melakukan perkara-perkara yang tidak benar dan tepat.

Saya kepilkan salinan surat tersebut, afidavit balasan saya dan minit mesyuarat Biro Politik PKR pada 30 Ogos 2009, 6 bulan kemudian, yang masih lagi mengiktiraf keahlian ahli tersebut.

Saya berasa kecewa terhadap perilaku mereka-mereka di belakang pemalsuan tersebut yang menunjukkan matlamat menghalalkan cara, dan saya berasa amat curiga sekiranya gerombolan-gerombolan tersebut berkuasa di Putrajaya, maka banyaklah institusi-institusi kerajaan yang akan diperkosa seperti yang dibayangkan dalam aduan saya ini.

Saya akan memanggil satu siding media dalam masa terdekat. Walaupun saya telah bersara sepenuh masa dari arena politik selama hampir satu tahun, dengan tercetusnya kes ini saya telah diheret kembali ke dalam kancah politik nasional. Walaubagaimanapun, saya menerima cabaran ini demi menegakkan kebenaran sejagat.

DATO’ SALEHUDDIN HASHIM
-tko-

Tiada ulasan: