"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Malunya Mengaku Rakyat Malaysia

sofiwahab
Seorang rakan menyatakan betapa malu dia apabila berkunjung ke luar negeri kerana sering dilemparkan dengan pertanyaan yang sukar untuk dijawab?

Soalan pertama yang sering ditanya kepada beliau ialah benarkan pemimpin negara anda terlibat dengan pembunuhan seorang wanita berbangsa Mongolia?????

Soalan kedua pula ialah benarkan seorang pemimpin negara anda merogol pembantu rumahnya seorang warga Indonesia.

Sehingga kini menurut beliau, dia gagal untuk menjawab soalan tersebut kerana pemimpin yang dituduh berkaitan kedua-dua isu itu tidak menyaman orang yang membuat tuduhan tersebut.

Menurutnya ramai rakan-rakannya dari luar negara berasa pelik dan ragu kerana pemimpin berkenaan sehingga kini takut untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah. Maksudnya mereka tidak berani membersihkan namanya di mahkamah.

Beliau memberitahu saya bahawa sebagai seorang rakyat Malaysia beliau merayu pemimpin terbabit supaya membersihkan nama masing-masing seberapa segera supaya nama baik Malaysia dapat kekal harum di seluruh dunia.

Tiada ulasan: