"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mati dibelasah bukan pasal curi getah beku


MOHAMAD bersama isteri, Che Rahmah Awang menunjukkan surat kematian Mohd. Saupi di rumahnya di Rantau Panjang semalam. 

RANTAU PANJANG: “Mesti ada sebab lain. Saya tak percaya dia dipukul sampai mati pasal curi getah beku.’’

Demikian kata Mohamad Che Ngah, 67, bapa kepada Saupi Mohamad, 38, yang maut dibelasah penduduk kampung dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 petang kelmarin di Kampung Bakat Hilir, dekat sini selepas disyaki mencuri getah beku.

Beliau mendakwa, anaknya itu tidak pernah terlibat dengan kejadian jenayah.

“Dia pergi bekerja di kilang kayu di Gua Musang selepas raya haji tahun lepas dan sejak itu langsung tak balik-balik,’’ katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gual Tok Deh, dekat sini semalam.
-kosmo-

Tiada ulasan: