"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hati-hati ancaman simbahan asid

KUALA LUMPUR: Polis meminta orang ramai berhati-hati dengan ancaman simbahan asid oleh lelaki tidak dikenali berikutan satu lagi kes cubaan terbaru di Jalan Desa Pandan, di sini, petang kelmarin.

Cubaan berkenaan menjadikan 23 kes dikesan dari Februari hingga 27 Mac lalu dan reda seketika sebelum kembali pada 6 dan 7 Mei lalu dengan masing-masing dua kes dilaporkan di Sentul dan Dang Wangi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata pihaknya mengenali identiti penjenayah terbabit.

“Seperti yang kita tahu, suspek berusia 30-an dan dipercayai menunggang motosikal jenis Honda EX5 berwarna hitam dan membawa botol berlabel 100 Plus ketika melakukan jenayah itu.

“Nombor pendaftaran motosikal itu dipercayai palsu. Kita akan lakukan segala-galanya bagi melindungi masyarakat,” katanya.

Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lumpur sebelum ini menubuhkan satu pasukan khas dibantu 40 anggota bagi membendung kegiatan suspek yang mensasarkan wanita dan pelajar sekolah.
-hmetro-

Tiada ulasan: