"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tanah Runtuh : 11 Mangsa Terkorban, 4 Belum Ditemui

KAJANG, 21 MEI: Sehingga jam 12.15 tengah malam, angka kematian di kawasan tanah runtuh di Hulu Langat meningkat, menjadikan mangsa korban setakat ini 11 orang.

Manakala usaha menyelamat masih diteruskan untuk mencari empat lagi mangsa yang tertimbus dalam runtuhan.

Sementara mangsa yang terselamat pula dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Kajang.

Angka terbaru ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kajang, Ab Rashid Ab Wahab.

Kesemua mangsa terdiri daripada anak yatim, warden, dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.

Rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit ini menempatkan 49 orang penghuni termasuk lima penjaga.
-tvsnews-

Tiada ulasan: