"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video Lucah - Hishamuddin "Ambilalih" Kuasa Peguam Negara?

KUALA LUMPUR, 22 MEI: Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Hussein dilihat melangkaui bidang kuasanya apabila mendakwa pelaku dalam video lucah Datuk T akan didedahkan di mahkamah.

Pejabat Peguam Negara yang bertanggungjawab ke atas sebarang pendakwaan jenayah, setakat ini belum mengumumkan sama ada kes itu akan dibawa ke mahkamah.

Namun Hishamuddin yang juga Naib Presiden Umno memberitahu Mingguan Malaysia bahawa proses mahkamah akan mendedahkan pelaku dalam video berkenaan.

Malah beliau dilihat cuba “mengarahkan” Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bagaimana untuk memastikan pelaku dalam video itu didedahkan di mahkamah.

Hishamuddin berkata “butir-butir rakaman itu masih tetap perlu dibangkitkan dalam keterangan yang dikemukakan di mahkamah,” lapor Mingguan Malaysia.

“Tidak perlu bimbang kerana orang ramai akhirnya akan tahu segala-galanya termasuk siapa pelakunya,” kata beliau dipetik lapor akhbar tempatan hari ini.

Sehingga kini, polis enggan mendedahkan identiti tersebut atas alasan tiada keperluan berbuat demikian.

Namun juak-juak Umno menabur fitnah kononnya pelaku video itu adalah Anwar. Rakaman itu disebarkan di masjid, pasar malam dan kawasan perumahan selain dimuatnaik di Internet.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkali-kali menegaskan pihaknya tidak akan mendedahkan identiti si pelaku dalam rakaman itu.

Kata Hishammuddin, selain siasatan terhadap pihak yang mendedahkan rakaman itu, siasatan juga dibuat terhadap laporan polis oleh pihak yang mendakwa lelaki dalam video itu bukan dirinya.

“Berbohong dalam laporan polis juga adalah satu kesalahan di sisi undang-undang,” ujarnya.

Anwar dalam laporan polisnya pada 22 Mac lalu menafikan lelaki dalam video seks yang tersebar itu adalah beliau.

Selain itu Anwar juga mahukan undang-undang Qazaf digunakan untuk menyiasat fitnah yang dibuat oleh Datuk T iaitu Ahli Majlis TerTinggi Umno Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari Perkasa Shuib Lazim dan ahli perniagaan Sharzryl Eskay.
-tvsnews-

1 ulasan:

cicit ngah layor berkata...

Jalan Anuar untuk masok jel semakin lebor."Menipu dalam laporan Pilis adalah satu kesalahan".Org lain makan nangker,org lain kener getah.MALAY SIA = MELAYU GHOSAK.