"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anak Luar Nikah Menangis Teresak-esak Semasa Majlis Nikah

Selatanonline
Sudah pasti ada yang sangat menyedihkan bagi seorang gadis 20-an apabila dia menangis teresak-esak pada hari pernikahannya. Sebaik saja jurunikah dan pengantin lelaki selasai ijab dan qabul, perempuan mula menangis.

Mulanya sedikit, kemudian semakin banyak dan teresak-esak. Orang lain yang melihatnya semacam hiba juga dan pasti kesedihan itu berjangkit kepada orang lain.


Mungkin juga, sebelum ini dia rasa, dia punyai ayah yang disayanginya. Tapi semasa bernikah, ayahnya ada di situ, dalam majlis itu juga. Tetapi tidak seperti bapa orang lain, bapanya tidak boleh mewalikanya.  Tapi bagi gadis ini, ayahnya bertindak sebagai penonton saja seperti bukan ayahnya.

Mungkin semasa hantar borang permohonan nikah yang perlu disertakan dengan surat nikah mak-ayah, rahsia perbuatan mak-ayah dia berzina sebelum nikah terbongkar. Sebagai anak, dia tidak mampu menafikan suratan takdir Allah Taala seperti peristiwa sedih yang menimpa dirinya ini.

Bersabarlah semoga Allah memberikan ketenangan pada jiwa kita,. Semoga berbahagia dan Selamat Pengantin Baru saya ucapkan.

Tiada ulasan: