"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nasib malang Guru Melayu masa kini, tak de gaji

amkns
teacher1HIDUP MELAYU! HIDUP MELAYU! HIDUP MELAYU! SETENGAH TAHUN BERLALU, GURU GANTI BELUM DAPAT GAJI. 



SAYA ingin melahirkan rasa tidak puas hati dan sangat kecewa dengan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Gombak, Selangor dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Saya tidak tahu siapa yang harus saya persalahkan antara kedua-dua agensi ini memandangkan kedua-duanya terikat antara satu sama lain.

Saya merupakan bekas Pegawai Sambilan (Guru Ganti) di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Daerah Gombak mulai 25 Januari 2011 sehingga 24 April 2011. Ini bermakna saya telah berkhidmat di sekolah tersebut hampir tiga bulan.  


Dalam tempoh itu juga, saya tidak pernah menerima satu sen gaji daripada pihak PPD walaupun sepatutnya saya boleh dibayar setiap hari memandangkan saya berjawatan sambilan bergaji hari. Surat tawaran jawatan dikeluarkan oleh pihak PPD. 


Apabila kontrak saya tamat pada 24 April 2011, saya menerima panggilan daripada pihak sekolah pada 28 April 2011 menyatakan saya mungkin akan menerima gaji saya dalam masa dua minggu lagi. Tetapi tiada gaji diterima. 


Setelah sebulan lebih, saya telah berhubung kembali dengan pihak sekolah untuk bertanyakan gaji saya dan pihak sekolah telah menghubungi PPD.
Pihak PPD menyatakan mereka tiada peruntukan untuk membayar gaji dan sedang berusaha memohon peruntukan daripada pihak KPM. 


Akhirnya setelah hampir dua bulan iaitu pada 23 Jun 2011, saya sekali lagi kembali ke sekolah untuk bertanyakan gaji saya. Malangnya jawapan yang sama saya terima daripada pihak sekolah setelah menghubungi pihak PPD.  


Saya kemudian ke PPD pada 5 Julai 2011 untuk bertanyakan gaji saya. Tetapi jawapan yang diterima tetap sama seperti jawapan pihak sekolah. Saya sangat kecewa.


Cuba bayangkan, sehingga ke detik surat ini ditulis (12 Julai 2011), saya masih tidak menerima gaji saya. Ini bermaksud sudah hampir setengah tahun iaitu hampir tiga bulan selepas tamat kontrak saya masih belum menerima gaji.
Kenapa begini? 


YANG KECEWA
Gombak, Selangor
14 Julai 2011  
http://www.utusan.com.my/ 

Tiada ulasan: