RUHI HAYATI THANI
NAJIB Razak dengan nada marah-marah berkata, jika semua Melayu bersatu padu maka Umno menjadi parti yang terhormat di dunia. Tetapi Najib bukanlah Tuhan dan bukan nabi. Maka, kata-katanya bukan firman dan tidak juga sabda. Oleh itu, kata-kata Najib layak dicampak ke ranjang sampah sahaja.
Bicara sultan dan raja-raja itu titah perintah. Sebab itu, pandangan yang ‘sama’ antara Najib dan istana berhubung perhimpunan di stadium itu ada bezanya juga. ‘Nasihat’ Najib agar demonstran Bersih 2.0 berhimpun di stadium tidak diikuti. Tapi, kita tetap berhimpun juga di stadium atas titah perintah raja.
Isi kata-kata Najib pada awalnya (boleh berhimpun di stadium) dan titah istana lebih kurang sama, tapi kata-kata Najib itu tidak sangat diikuti rakyat sebab isinya berbau sampah. Manakala titah diraja jualah yang dikuti kerana raja itu tiada kepentingan apa-apa.
Kata-kata Najib Razak bukan bertaraf firman Tuhan, sabda nabi dan titah raja. Semburan kata-kata dari Najib itu tidak lebih daripada sampah sarap yang tiada gunanya dan tiada ertinya. Malah, sampah ada juga harganya jika dijual di tempat-tempat pembelian sampah sarap yang masih boleh dikitar semula.
Malah, kata-kata Najib Razak itu jauh lebih hina lagi kerana sampah sarap kata-katanya itu tidak layak dibuang dalam tong sampah sekalipun. Andainya tong sampah itu hidup, dan degup jantung nadinya berdetak, nescaya tong sampah akan menutup mulutnya kerana dia pun tidak sudi menerima sampah sarap kotor dan bau pekung jahat yang ditimbulkan oleh kata-kata Najib itu.
Bolak-balik Najib Razak termasuklah sepupunya Hishammudin Hussein membawa kematian Baharudin Ahmad, 58 tahun. Beliau berhimpun di KLCC, terjatuh pengsan apabila FRU menyembur gas pemedih mata. Beliau kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) lalu disahkan meninggal dunia! Keesokannya (10 Julai), jenazahnya dilaporkan sudah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Lembah Keramat di Taman Seri Keramat Tengah, Kuala Lumpur sekitar tengah hari.
Apakah yang kita mahu beritahu kepada dunia sekarang ini berhubung kematian tragis yang menimpa Baharudin ini? Poliskah yang membunuhnya? Atau, Baharudin dibunuh oleh perintah Najib Razak atau perintah Hishammuddin. Ini babak pembunuhan terkini lagi terkeji selepas kematian Altantuya, Beng Hock, Aminulrasyid dan banyak lagi kematian misteri yang penuh tanda tanya dan teka-teki itu.
Sebenarnya, banyak kecurangan Najib Razak, kebodohan polis, dan kesilapan Hishammuddin terselak dan tersingkap mutakhir ini. Misalnya, ketika polis sudah menyediakan makanan untuk tahanan Bersih 2.0, kemudian diungkit-ungkit pula ‘pemberian’ itu pada keesokannya.
Lalu, keesokannya ketika kita membaca akhbar pada Ahad 10 Julai lalu, sudah ada pula iklan makanan restoren 1Malaysia yang diperkenalkan. Ada makanan berharga RM2 - RM4. Ia murah-murah belaka!
Namun, suatu hal yang rakyat bersama peserta Bersih 2.0 itu masih belum lupakan ialah, apabila Najib Razak menyediakan juadah makanan 1Malaysia yang murah. Sebenarnya, hal itu bukanlah sama sekali bererti bahawa Najib itu pemurah orangnya. Cuma roti canai dan teh tarik sejumlah RM2, itu bukanlah wajah perlambangan kasih sayang dalam erti kata yang sebenar-benarnya jitu. Jiwa pengasih Najib Razak itu disukat dengan sikap jimat cermatnya apabila kehidupan rakyat menjadi terhimpit dan pedih menjalar ke dalam batiniah mereka.
Jiwa penyayang Najib Razak boleh diukur ketika isterinya Rosmah Mansor tidak galak pergi luar negara atas tujuan yang tiada kaitan dengan negara. Rasa cinta Najib Razak itu juga ditimbang dengan neraca yang tersimpan di hati umat Bersih 2.0 yang tidak dicemaskan oleh bedilan bom gas pemedih mata.
Bolehkah Najib Razak terangkan, bagaimanakah hati rakyat tidak kacau ketika mereka terbaca laporan berita, “Cuma 6,000 buat kecoh” di laman depan Kosmo 10 Julai lalu walhal mereka juga terbaca kira-kira 11,000 polis dikerah ke jalan raya untuk mengganyang semua demonstran di depan mata?
Bagaimanakah rakyat mahu menyerap dan mendakap perasaan kasih mesra Najib Razak kalau mereka tahu bahawa di dalam kampus Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kini ada polis yang boleh keluar masuk dengan bebas dan merdeka? Laporan berhubung kekuatan polis termasuk penggunaan 5 buah helikopter serta jentera penyembur itu boleh mereka baca di muka depan Berita Harian ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu!
Arwah Baharudin kini syahid bersama jasadnya bersemadi di tanah kuburan, tetapi semangat iltizamnya masih kekal terpelihara mendokong perjuangan ini. Ya, tidak cuma gas pemedih mata di KLCC, malahan polis dilaporkan turut menembak bom gas pemedih mata di hospital! Dengan ancaman polis dan kecurangan yang terpampang jelas di mata, revolusioner perlu gerakkan Bersih 3.0, bukan hanya demi pilihan raya, malah demi yang tertindas termasuk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan