Abdullah NgahTulis cerita pasal Rosmah beli cincin berharga RM 73 tak kena, Tapi tak tulis pun tak kena juga.
Oleh kerana terlalu ramai yang tak percaya Rosmah Mansur Isteri Mohd Najib Razak perdana menteri membeli cincin berharga RM 73 juta. Saya tak percaya juga. Tapi tak terkejut pun.
Antara lain ada yang berkata itu hanya Dakwaan kononnya berasaskan perisytiharan kastam (Sistem Maklumat Kastan (JKEDD))beserta borangnya sekali.
Yang saya dengar ramai yang berkata, mustahil Wang sejumlah RM 73 juta diambil dari tabungan yang dibuatnya sejak sekian lama.
Betul juga, dari manakah datangnya wang sebanyak itu untuk membeli cincin yang harganya tak masuk akal sama sekali bagi rakyat.Bagi orang kayaraya kecil saja.
Mungkin bagi rakyat Malaysia yang miskin tak pernah dengar harga sebentuk cincin sejumlah RM 73 juta.Sebab itu mereka terkejut. Tak percaya langsung.
Ya tak ya juga. Bagi rakyat terutama yang miskin terkejut dengan harga sebentuk cincin berbanyak RM 73 juta itu. Masakan tidak. RM 73 juta itu dapat membina sebuah masjid yang cukup selesa dan cantik.
Kita tinggal dulu pasal harga cincin, kerana orang banyak duit boleh buat apa saja apabila menghendaki sesuatu yang diimpikan.Maklum sajalah seorang isteri perdana perdana dan wanita pertama Negara Malaysia.
Kita ambil cerita macam mana Rosmah ada wang tabungan sebanyak 73 juta, sedangkan dia bukan apa apa dalam kerajaan Malaysia.
Sudah tentu suaminya Datuk Seri Mohd Najib Razak yang memberinya hasil gaji dan Elauan yang diperoleh sepanjang menjadi menteri besar Pahang, menteri kabenit, timbalan perdana menteri menteri kewangan dan perdana menteri sekarang.
Kalau belanja peribadinya sebulan disebut sebanyak RM900, sudah tentu hasilnya yang diperolehinya sudah tentu sekali ganda daripada itu.
Kalau RM 1 juta diberi kepada Rosmah tiap bulan, satu tahun sudah RM 12 juta. Bayangkan sepanjang ddia Najib pegang jawatan menteri dalam kerajaan sudah tentu tabungan yang Isterinya (Rosmah) buat melebihi ratusan Juta.
Wang RM 73 juta membeli sebentuk cincin itu kecil berbanding dengan wang yang ada didalam tabungannya sekarang.Bukan ratusan juta wang tabungannya, malahan mungkin. Mungkin angkanya sudah sampai pada angka berbilion einggit.agak saja.
Oleh itu adalah sangat wajar Rosmah jawab, bahawa wang yang dia beli cincin itu hasil tabungannya sejak sekian lama.
Saya tak terkejut, miskipun ramai kalangan rakyat Malaysia terkkejut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan