"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peserta demo: Saya tidak bawa pisau


NONE
Abdul Razak Endut yang dilabelkan oleh akhbar arus perdana sebagai seorang peserta ganas pehimpunan BERSIH 2.0 tampil membuat penjelasan pada ceramah PAS di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Katanya, beliau hanya memegang sebatang bendera Malaysia dan bukannya pisau seperti yang didakwa oleh akhbar-akhbar milik Umno dan BN itu. Abdul Razak juga menafikan beliau membaling batu ke arah polis.

"Apabila polis menembak gas pemedih mata, saya ternampak angin meniup ke arah orang ramai... saya mengambil kanister itu dan membalingnya ke arah sebuah padang dengan harapan orang ramai akan selamat katanya.

Abdul Razak atau terkenal dengan nama Ajak adalah anggota Unit Amal PAS - pasukan sukarelawan yang ditubuhkan bagi mengawal orang ramai pada perhimpunan 9 Julai lalu berhampiran bangunan Maybank.

Akhbar Berita Minggu pada 10 Julai menyiarkan gambarnya dengan tajuk: "Seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram" manakala tajuk kecilnya pula berbunyi: "Perusuh guna senjata, batu, lawan polis".

Gambar yang sama juga dimuatkan di halaman utama New Sunday Times dengan tajuk: "Peaceful (Aman)?".

Berpakaian baju dan penutup mulut yang sama, Abdul Razak membuka lilitan kain hitam dan mendedahkan wajahnya sambil mendapat tepukan gemuruh mereka yang hadir.

Perisai manusia
Katanya, beliau menyertai rakan-rakannya membentuk perisai manusia bagi menghalang polis bergerak ke arah orang ramai yang cuba berhimpun secara aman.

"Bagaimanapun, FRU membawa meriam adil dan menembak ke arah kami. Apa yang patut saya buat untuk menghalang trak FRU? Saya minta bendera (Malaysia) daripada seorang peserta dan dia bagi saya. Saya kemudian berdfiri di hadapan dan disembur meriam air FRU.

"Harapan saya... peserta ini adalah rakyat Malaysia, orang kita sendiri, mengapa polis lakukan ini,” katanya dengan emosional.

NONEGambar Abdul Razak berdepan pancutan meriam air dengan memegang bendera negara juga dirakamkan olehReuters yang sekaligus menolak dakwaan beliau memegang pisau.

"Ketika itu (saya baling kanister gas pemedih mata) gambar saya dimanipulasikan. Mana logiknya saya bawa pisau dari Temerloh? Saya terpaksa lalui tiga sekatan jalan (untuk sampai ke ibu negara),” katanya.

Pada 12 Julai lalu Pemuda PKR Pulau Pinang mendakwa gambar itu dipalsukan.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: