"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS Masuk Perangkap UMNO?

Sofi Wahab
PAS sudah masuk perangkap Umno, apabila pemimpin PAS sibuk melayan serangan dan fitnah Umno dalam isu siapa pejuang kemerdekaan dan isu Mat Sabu sokong komunis.

Sejak seminggu ini pemimpin PAS pusat sibuk menjawab isu tersebut malah portal-portal alternatif seperti Harakahdaily, Malaysiakini dan sebagainya memuatkan berita-berita tersebut di laman utamanya.

Hari ini Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man pula mengajak Umno berdebat dengan PAS dalam isu tersebut.

Nampaknya isu kewarganegaraan, isu daftar pemilih, undi pos dan manipulasi SPR dipinggirkan. Sungguh berjaya pakar-pakar SPIN Umno mengalihkan isu. Semuanya gara putarbelit Tukang Spin Umno terhadap ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Saya sudah banyak kali menegaskan supaya pemimpin PAS berhati-hati mengeluarkan kenyataan tentang isu sensitif seperti isu komunis, isu agama, isu kemerdekaan dan apa juga isu yang boleh dispin oleh Tukang SPIN Umno. Memang susah untuk kita mengenalpasti isu mana yang akan diSPIN. Tetapi kita harus berhati-hati ....... tengok sahaja isu ini sudah berminggu-minggu dimainkan. Malah Karpal Singh juga terikut sama ........ Memang kita tahu kita juga mendapat advantage dari isu ini tetapi tidak sedikit yang berjaya ditipu oleh Tukang SPIN Umno yang ada TV3 1/4, RTM, Utusan dan sebagainya.....

Tiada ulasan: