"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bersih nama Mat Indera, keluarga hargai PAS

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 5 Sept: Keluarga Mat Indera mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana bersusah payah membersihkan nama allahyarham.

Adiknya, Johan Shah menyatakan demikian di dalam sistem mesej singkat (SMS) kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang bertemunya dan keluarga terdekat Mat Indera di Muar, pagi tadi.

Ini adalah mesej adik Mat Indera kepada Mohamad Sabu yang dihantar pula Timbalan Presiden PAS itu kepada media.

"Assalamualikum... kami bagi pehak keluarga allahyarham Mat Indra mengucapkan berbanyak T Kaseh kpd semua ajk pusat Pas kerana bersusah payah utk membersehkan nama abang saya yang selama ini amat saya tuggu2kan. semoga Allah memberikan segakla kemudahan amin.. Hidup Pas"

Menurut laman web Wikipedia, Johan Shah mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis.

Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggota polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina.

Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Rumah Pasung Bukit Kepong.

Tiada ulasan: