"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kerajaan luluskan permit edaran Akhbar Komunis di Malaysia

Milo Suam
PELIK tapi benar, Mat Sabu yang juga timbalan Presiden Parti Islam se-Malaysia, PAS sekadar menyebut Mat Indera sebagai hero yang memperjuangkan kemerdekaan akibatnya beliau diserang bertubi-tubi.


Hanya kerana hal ini, media-media propaganda United Malays No Otak seperti Utusan dan TV3 Al-Musyrikin menyerang Mat Sabu siang dan malam.


Tapi di dalam diam-diam Umno menjalinkan kerjasama dengan Parti Komunis dari negara China. Hal ini didedahkan oleh portal rasmi parti itu sendiri. Di bawah ini screenshot dari portal rasmi Umno [Umno Komunis].

Bukan itu sahaja, kerajaan United Malays No Otak, Umno juga telahmeluluskan permit edaran akhbar komunis di Malaysia. Kerajaan telah membenarkan edaran akhbar suara rasmi Parti Komunis Chinaedisi antarabangsanya untuk diedarkan di Malaysia sejak 2005 [Malaysiakini].

Adakah dosa Mat Sabu menyebut Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan lebih besar dari bekerjasama dengan komunis? Adakah dosa menyebut Mat Indera sebagai hero lebih besar dari membenarkan Komunis menyebarkan dakyah dan fahamannya di negara ini?

Inilah yang dikatakan "memburuk-burukkan orang supaya diri sendiri nampak baik". Mat Sabu cuma sebut Mat Indera hero, tapi diserang siang dan malam, sampai nak didakwa di bawah akta 505 (b).

Tapi Umno siap bekerja sama, dan membenarkan komunis menyebarkan dakyahnya di Malaysia tapi disanjung oleh gerombolan Melayu tiada otak.

ReJaM© "Pelik tapi benar, muncung berkokok ekor bergelumang taik..."

Tiada ulasan: