"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suhaizan Kaiat dan kepimpinan PAS Pulai, Johor letak jawatan

Bekas ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata, penyertaannya dalam Parti Amanah Negara akan memperkukuhkan parti baharu itu dengan memberi fokus terhadap isu rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Bekas ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat hari ini secara rasmi mengumumkan peletakan jawatannya dalam parti dan menganggotai Parti Amanah Negara (Amanah) yang akan ditubuhkan.

Turut mengambil langkah sama ialah kepimpinan PAS Pulai, Johor yang terdiri daripada Ketua Pemuda Mohd Syafiq Abdul Aziz dan Ketua Muslimat Fatimah Mohd Ali serta barisan ahli jawatankuasa mereka.

Suhaizan, yang merupakan bekas yang di-pertua PAS Pulai berkata, mereka akan memperkukuhkan parti baharu itu nanti dengan memberi fokus terhadap isu rakyat, khususnya di Pulai, bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 bersama dengan Pakatan Rakyat 2.0 yang akan dibentuk selepas ini.

"Program penerangan dan kebajikan rakyat akan dilaksanakan. Kami berharap rakyat dapat bersama kami membina harapan baharu Malaysia," katanya.

Selain itu, Suhaizan turut menyampaikan ucapan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh ahli PAS kawasan itu kepada mereka selama ini.

"Perbezaan pendekatan untuk meletakkan agama, bangsa dan negara di tempatnya tidak boleh memisahkan ikatan persaudaraan yang lama terbina.

"Marilah sama-sama kita uruskan perbezaan ini dengan hikmah dan bijaksana," katanya.

Suhaizan sebelum ini tewas dalam pertandingan merebut jawatan ketua Pemuda PAS kepada Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz pada pemilihan parti awal Jun lalu.

Selain beliau, turut mengalami nasib sama adalah pemimpin yang dikatakan tidak sependapat dengan kepimpinan ulama dalam PAS dan dikenali sebagai pemimpin progresif.

Majoriti daripada mereka yang tewas itu kemudiannya bertindak membentuk Gerakan Harapan Baru.
-malaysianinsider-

2 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Tahniah

Unknown berkata...

Kapal pas dah nak tenggelam.
Kapten pulak gemblra..gembira