"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dakwa Sanusi ugut boikot PRN kerana Mukhriz tak logik, kata setpol

Faiz Zainudin

PETALING JAYA: Setiausaha politik kepada menteri besar Kedah menepis dakwaan bahawa majikannya, Sanusi Md Nor mengugut akan memboikot PRN tidak lama lagi disebabkan anak bekas perdana menteri, Mukhriz Mahathir.

Hilmi Abd Wahab berkata, dakwaan itu tidak logik kerana Pejuang pimpinan Mukhriz bukan komponen Perikatan Nasional (PN)

Katanya kepada FMT, Mukhriz “tak pernah disebut dalam mesyuarat” PN Kedah.

Hilmi mengulas poster yang tersebar di Twitter, mendakwa Sanusi mengugut untuk memboikot PRN sebagai bantahan campur tangan dalaman berkaitan Mukhriz.

Beliau menyifatkan dakwaan itu “propaganda karut” oleh seteru yang ketandusan isu menjelang PRN.

“Nak buat perang saraf pun bagi lah logik sikit,” katanya.

Sebelum ini, Mukhriz yang pernah dua kali menjadi menteri besar Kedah menafikan khabar angin beliau mahukan jawatan itu, menyifatkannya sebagai “propaganda karut”.

Dalam pada itu, pegawai khas media kepada menteri besar, Helmi Khalid berkata, Sanusi tidak pernah meninggalkan mesyuarat dihadirinya.

“Tak pernah ada lagi MB meninggalkan mana-mana mesyuarat,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian susulan hantaran oleh seorang pengguna Twitter yang mendakwa sumber dalaman memberitahu Sanusi “mengamuk” dalam satu mesyuarat PAS dan “meninggalkan” mesyuarat itu.

Tiada ulasan: