"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PMX: Susah nak cari yang bersih, ramai yang 'sakau'

Malaysiakini

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilihat mengakui kritikan bahawa ada anggota kabinetnya yang tidak bersih daripada amalan korupsi.

Anwar bagaimanapun berkata sukar untuk mendapatkan pemimpin yang "bersih".

Berucap di Putrajaya hari ini, Anwar berkata selagi memimpin kerajaan, dia tidak akan membenarkan mana-mana menteri - termasuk dirinya - untuk menyalahgunakan kuasa untuk "menyakau".

"Apa yang lalu, (biarlah) lalu. Kita boleh cakap pasal sejarah. Ramai yang terpalit (dengan korupsi), tok sah cakaplah.

"Kalau saya nak tengok dalam rekod, nak cari yang bersih cukup susah.

"Yang cakap bersih ramai, tapi yang menyakau cukup ramai," katanya lagi.

Dia berkata demikian selepas menyerang Dr Mahathir Mohamad berhubung apa yang didakwa sebagai amalan korupsi ketika dia mentadbir negara.

Ketika baru menjadi perdana menteri, Anwar menerima kritikan selepas melantik Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri.

Zahid sedang berdepan perbicaraan atas tuduhan rasuah serta turut dikaitkan dengan skandal kapal tempur pesisir (LCS).

Anwar pernah menjelaskan bahawa Zahid patuh dengan dasar pentadbirannya berhubung ketelusan dan amalan tender terbuka.

Tiada ulasan: