"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video lucah: Bekas ahli lembaga pengarah KLSCAH didenda RM6,000

Bernama
Yeo Kwi Seng didakwa melakukan perbuatan itu di Suite 5.05-5.10, Tingkat 5, Plaza Imbi antara 23 Mei dan 16 Jun 2021.
KUALA LUMPUR: Bekas ahli lembaga pengarah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) Yeo Kwi Seng didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret kerana mengaibkan kehormatan anak seorang pemimpin veteran MCA dengan menghantar video lucah melalui aplikasi WhatsApp, dua tahun lalu.

Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim menjatuhkan hukuman itu selepas Yeo, 69, menukar pengakuan kepada bersalah semasa sebutan kes pada 28 Jun lalu dan lelaki itu diperintahkan dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Tertuduh membayar denda itu.

Yeo didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Wong Pei Huan, 53, di Suite 5.05-5.10, Tingkat 5, Plaza Imbi antara 23 Mei dan 16 Jun 2021,mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Aisyah Mohamed Zanyuin manakala tertuduh diwakili peguam Kitson Foong.

Tiada ulasan: