"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis tahan lelaki bertopeng samun wanita guna parang

Izz Laily Hussein
am@hmetro.com.my
WANITA berusia 50-an cedera dilibas parang seorang lelaki bertopeng di Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi. FOTO FB
WANITA berusia 50-an cedera dilibas parang seorang lelaki bertopeng di Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi. FOTO FB
Kota Tinggi : Polis memberkas lelaki yang disyaki memecah masuk rumah seorang wanita dan mencederakannya dalam kejadian samun bersenjata parang di Felda Air Tawar 4 di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, suspek yang juga warga tempatan berusia 30-an itu ditahan di sebuah rumah di felda berkenaan, pada 9 malam kelmarin.

"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan turut memiliki masing-masing dua rekod kes dadah serta jenayah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, susulan tangkapan itu, polis menemui semula rantai tangan emas yang disamun serta merampas parang serta pakaian digunakan suspek dalam kejadian berkenaan.

Hussin berkata, suspek direman tujuh hari bermula semalam bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan

Katanya, kes juga disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Semalam, media melaporkan, seorang wanita cedera di dagu selepas dilibas dengan parang oleh lelaki bertopeng yang memecah masuk kediamannya di Felda Air Tawar 4 di sini, kelmarin.

Tiada ulasan: