"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gadis mangsa rogol abang tiri meninggal dunia ketika bersalin

BATAM: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang menjadi mangsa rogol abang tirinya sehingga hamil dilaporkan meninggal dunia ketika melahirkan anaknya.

Menurut polis, remaja itu meninggal dunia kerana melahirkan bayi tidak cukup bulan dan mengalami pendarahan serius.

“Mangsa dipercayai dirogol abang tirinya selama setahun tiga bulan di rumah mereka di Lubuk Baja, Batam.

“Pihak hospital melaporkan, mangsa bersalin ketika kandungannya berusia tujuh bulan dan akibat komplikasi, dia mengalami pendarahan yang serius sehingga meragut nyawa,” kata jurucakap polis Lubuk Baja, Jonathan Reinhard Pakpahan.

Jelas Jonathan, kes itu terbongkar selepas mangsa memberitahu ibunya mengenai dia dirogol abang tirinya.

Terkejut dengan pengakuan itu, ibu mangsa mengajaknya membuat laporan polis.

“Ketika datang ke balai polis, mangsa sedang hamil tujuh bulan. Dia menceritakan bagaimana abang tirinya merogolnya sejak lebih setahun yang lalu sehingga hamil.

“Mangsa pada mulanya takut untuk menceritakan hal itu kepada ibunya, namun disebabkan bimbang mengenai kandungannya, dia mendedahkan hal tersebut.

“Beberapa hari selepas membuat laporan polis, kami menerima laporkan bahawa mangsa sudah meninggal dunia kerana komplikasi ketika bersalin,” ujarnya Jonathan.

Dalam pada itu, suspek kes itu sudah ditahan polis dan jika disabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun.
-utusanonline

Tiada ulasan: