"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menteri arah batal semua program babit penceramah pro zionis, selepas UM teruk dikecam

SITI NUR ZAWANI

Tindakan Universiti Malaya menjemput seorang penceramah pro zionis dari Amerika Syarikat menerima kecaman ramai selepas ucapan beliau menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin sebagai penyebar kebencian terhadap Yahudi.

Bruce Gilley, profesor sains politik yang pernah menimbulkan kontroversi kerana mendokong tindakan kuasa Barat menjajah negara lain, berkata ahli politik Malaysia mahukan “Holocaust kedua”, atau pembunuhan ramai-ramai terhadap bangsa Yahudi.

Kirimannya di X yang mengutuk sokongan Malaysia kepada perjuangan Palestin mengundang kecaman ramai, manakala UM turut terkena tempias kerana menjemput seorang penceramah pro-Zionis.

Susulan itu Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam responnya memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan penceramah warga asing tersebut yang mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.

Menterinya, Datuk Seri Zambry Abd Kadir turut mengarahkan agar sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera. 

"Saya turut meminta Universiti Malaya (UM) untuk menyiasat perkara ini dan melaporkan segera butiran lanjut. 

“Pada masa sama, suka untuk saya ingatkan kepada setiap agensi dan institusi di bawah KPT agar peka, berhati-hati dan membuat semakan latar belakang dengan teliti sebelum menjemput mana-mana individu atau pihak ke majlis dan program yang dianjurkan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurut Zambry, setiap keputusan yang diambil perlu mengambil kira sensitiviti dan selari dengan polisi serta pendirian kerajaan. 

“Walaupun IPT diberi autonomi untuk memutuskan program-program intelektual tetapi itu bukan bermakna institusi bebas secara mutlak sehingga tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat Malaysia,” ujarnya.

Tiada ulasan: