Sinar Harian
JAKARTA - Polis Indonesia menggagalkan cubaan memperdagangkan 24 pekerja migran ke Malaysia, di barat Wilayah Sumatera Utara.
Jurucakap Polis Sumatera Utara, Hadi Wahyudi memberitahu media tempatan pada Isnin bahawa bot membawa 24 pekerja migran itu dipintas oleh unit polis marin di perairan Pantai Labu, Keregenan Deli Serdang, pada Sabtu.
Menurut beliau, pekerja dari wilayah seperti Nusa Tenggara Timur, Bengkulu dan Aceh dan sebagainya didakwa sedang merancang pergi ke Malaysia tanpa dokumen yang lengkap.
Polis juga menahan lima kru bot, seorang ejen dan seorang penyelaras perjalanan, kata Hadi sambil menambah polis akan bekerjasama dengan Agensi Perlindungan Pekerja Migran Indonesia untuk menyiasat kes ini. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan