Agensi
RAKAMAN video yang mendedahkan perbuatan Ortiz pada 2022.
Washington: Seorang pakar bius di Amerika Syarikat, baru-baru ini, didapati bersalah meracuni pesakit dengan menyuntik dadah ke dalam beg intravena (IV), lapor Metro UK.
Dr Raynaldo Ortiz di Dallas, Texas, memakai topeng dan tidak menunjukkan sebarang emosi ketika 12 juri sepakat memberikan keputusan bersalah atas semua 10 pertuduhan terhadapnya.
Rakaman video yang mendedahkan perbuatan Ortiz pada 2022.
Akibat perbuatan tertuduh, beberapa pesakit mengalami situasi kecemasan membabitkan jantung mereka.
Menurut Metro UK. seorang doktor lain, Melanie Kaspar, meninggal dunia akibat titisan IV itu dan 11 pesakit lain mengalami kecemasan jantung.
Pendakwa raya berhujah bahawa Ortiz membuat beg IV menjadi 'bom beracun' tanpa disedari pesakit. Jenayah itu dilakukan di sebuah kemudahan perubatan di Dallas Utara.
Ortiz bertindak balas kerana dikenakan tindakan disiplin pada 2019, 2021 dan 2022, menurut pendakwa raya.
Pada prosiding keputusan kesnya itu, lelaki itu disabitkan dengan lima pertuduhan mencampurkan dadah dengan sengaja dan lima pertuduhan berkaitan.
Salah seorang pesakit yang terselamat ialah Jack Adlerstein, yang berusia 18 tahun ketika dia menjalani pembedahan pada Ogos 2022.
Pada masa kejadian, dia menjalani pembedahan untuk membaiki hidungnya yang menjadi bengkok selepas jatuh basikal.
Prosedur dijalani Adlerstein menyaksikan kadar denyutan jantungnya meningkat kepada kadar yang tidak pernah disaksikan oleh pakar bedah dan pakar biusnya.
Seorang doktor meminta supaya beg IV digunakan kepada Adlerstein ditukar sekali gus menyelamatkan nyawa pesakit terbabit.
Ortiz berdepan hukuman penjara seumur hidup dan akan dijatuhkan hukuman dalam prosiding berasingan dalam masa terdekat ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan