"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kedah: Pesta Songkran dalam bulan Syawal, sekali netizen perli ustaz Pas sampai terpaksa ‘delete’ gambar

MAISARAH AISYA

Tahun lalu tular pendirian Dewan Pemuda Pas Kawasan (DPPK) Kampar yang membantah sekeras-kerasnya penganjuran Pesta Songkran.

Pesta Songkran dikatakan ada unsur-unsur adat keagamaan Buddha yang bercanggah dengan agama Islam.

Penganjuran Sambutan Pesta Songkran yang diadakan pada tahun ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Jawatankuasa Wat Lamdin.

Hal tersebut menjadi isu apabila ada orang kuat Pas yang turut hadir ke pesta air tersebut walaupun jelas mengetahui hukumnya.

Menurut seorang pengguna X, dia memaklumkan jelas bahawa Pesta Songkran adalah berkaitan dengan agama Buddha.

“Upacara tahun baru Buddha dengan membasahkan tokong mereka dengan air. Ia adalah satu ritual penyucian bagi mereka.

“Air yang dipercik-percik tu adalah air holy water daripada sami. Bila kena percik tu dikira dapat berkat.

“Bila upacara kahwin pun mereka jemput sami tolong restu dengan percik air. Songkran ni meraikan tahun baru Buddha,” jelas pengguna X.

Ahli Parlimen Padang Terap, Nurul Amin Hamid dikatakan sudah memadam hantaran menyambut Pesta Songkran yang dianjurkan negeri Kedah.
Image
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Perseketuan, hukum menyambut dan menyertai perayaan agama lain buat penganut agama Islam adalah dilarang.

Namun ia bukan satu masalah jika seseorang itu pergi dengan sebab untuk mempelajari adat dan budaya.

Tiada ulasan: