"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Orang awam gagalkan cubaan ragut, bantu tangkap seorang suspek

Norsyazwani Nasri
bhnews@bh.com.my
Detik cemas orang awam cuba menahan peragut yang melarikan diri dirakamn kamera papan pemuka kenderaan. - Foto tular
Detik cemas orang awam cuba menahan peragut yang melarikan diri dirakamn kamera papan pemuka kenderaan. - Foto tular
KUCHING: Tindakan pantas orang awam menggagalkan cubaan dua lelaki meragut seorang wanita di Taman Desa Wira, Batu Kawa, di sini, dengan seorang daripada suspek turut berjaya ditahan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.54 pagi ketika mangsa yang berusia lewat 50-an berjalan kaki seorang diri sebelum dihampiri dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang cuba meragut beg sandangnya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata, ketika mangsa bergelut untuk mempertahankan begnya daripada dilarikan suspek, sebuah kenderaan dipandu orang awam tiba-tiba memberhentikan kenderaan di hadapan motosikal diniaki dua peragut itu.

"Salah seorang suspek bersama motosikal berjaya ditahan, manakala seorang lagi melarikan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jaw Shyong berkata, suspek berusia lingkungan 20-an yang ditahan itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Mangsa mengalami sedikit luka dan calar semasa pergelutan. Suspek yang ditahan akan dibawa untuk mendapatkan perintah tahanan reman esok, manakala usaha mengesan seorang lagi suspek giat dijalankan.

"Kita mengucapkan terima kasih atas tindakan orang awam terbabit dan mengalu-alukan apa juga bentuk maklumat yang dapat membantu pihak polis," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: