"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Suspek buang duit belakang bilik air surau’

ISKANDAR SHAH MOHAMED
Tabung surau yang dipecahkan suspek sebelum ditangkap ahli kariah surau di Banting, Kuala Langat.
KUALA LANGAT – Seorang penagih dadah dicekup ketika melarikan diri selepas mencuri wang tabung sebuah surau di Banting, di sini, kelmarin.

Suspek berusia 43 tahun itu ditahan selepas kehadirannya disedari seorang jemaah surau kira-kira pukul 2.15petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, suspek yang ketika itu dalam keadaan mencurigakan dengan membawa beg sandang kemudiannya ditegur jemaah berkenaan.

Katanya, bagaimanapun suspek telah bertindak memarahi dan cuba melarikan diri ke kawasan belakang surau sebelum ditangkap ahli kariah surau yang lain.

“Pemeriksaan kemudiannya menemui peralatan pecah tabung di dalam beg sandang yang dibawa suspek.

“Hasil pemeriksaan lanjut turut mendapati suspek telah membuang beberapa jumlah duit di belakang bilik air surau,” katanya hari ini.

Jelas beliau, suspek seterusnya diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut, manakala ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

“Semakan mendapati suspek memiliki 11 rekod jenayah lampau termasuk dadah. Suspek kini ditahan bagi siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: