"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penumpang degil turunkan cermin kereta berhampiran singa

KOSMO
Penumpang kelihatan cemas apabila singa mula menghampiri cermin kereta yang terbuka. - TIKTOK @piyamabernyani
JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial memaparkan tindakan seorang penumpang menurunkan cermin kereta ketika berada di kawasan singa berkeliaran di Taman Safari Bogor, wilayah Jawa Barat, lapor akhbar Tribunnews semalam.

Rakaman itu dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @piyamabernyani.

Menerusi rakaman tersebut, sebuah kereta jenama Daihatsu Xenia berwarna kelabu memasuki kawasan singa dan melakukan aksi berbahaya dengan menurunkan cermin kereta.

Pada awalnya, mereka telah diberi peringatan oleh petugas untuk tidak menurunkan cermin kereta ketika memasuki kawasan haiwan buas itu.

Penumpang tersebut bagaimanapun membuka cermin kereta, namun menutupnya seketika selepas ditegur seorang kakitangan.

Dia bagaimanapun masih berdegil dan kembali membukanya selepas petugas itu berlalu.

“Buka (cermin kereta) di kandang singa. Kena cakar kucing pun rasa sakit apatah lagi dicakar singa. Ia tidak sakit tapi terus Innalillah (meninggal dunia),” kata perakam video itu.

“Kalau enggan mengikut peraturan atau tidak sayang nyawa sendiri, sekurang-kurangnya jangan membahayakan orang lain,” tambahnya lagi . – AGENSI

Tiada ulasan: