"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tuntutan palsu, anak MB antara 6 direman

FMT Reporters

PETALING JAYA: Anak kepada seorang menteri besar antara enam individu direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Memetik sumber, perintah reman turut dikenakan ke atas pegawai kanan pejabat menteri besar.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor selepas tertuduh dibawa ke mahkamah, pada 8.45 pagi tadi.

“Suspek yang ditahan berusia antara 27 hingga 37 tahun dan dikehendaki membantu siasatan berkaitan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik-pulih, menyelenggara, perbekalan, dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

“Siasatan dipercayai juga menjurus kepada tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak dilaksanakan,” kata sumber menurut Berita Harian.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM yang memperuntukan penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda daripada nilai tuntutan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Putrajaya Azmi Kamaruzaman mengesahkan penahanan berkenaan.

Tiada ulasan: