"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nahas 2 helikopter: 10 kru terkorban

FMT Reporters

PETALING JAYA: 10 kru disahkan terkorban dalam nahas dua helikopter yang berlanggar dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memaklumkan tiga yang maut menaiki helikopter M502-6 (FENNEC) manakala tujuh lagi mangsa menaiki helikopter operasi maritim (HOM) M503-3.

“Kesemua 10 orang mangsa yang terlibat telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kerja-kerja untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang terlibat di lokasi kejadian telah dijalankan oleh pasukan Bomba sehingga selesai,” katanya dalam kenyataan.

Pasukan bomba membawa kru terbabit dalam nahas dua helikopter yang berlanggar dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, pagi tadi. (Gambar JBPM)
Difahamkan, kedua-dua helikopter itu yang berlepas dari Padang Sitiawan pada 9.03 pagi bertembung semasa latihan lintas hormat sempena Hari Terbuka TLDM.

Helikopter HOM itu dilaporkan terhempas di Stadium TLDM Lumut, manakala helikopter Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Tiada ulasan: