"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis tahan inspektor polis didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan 16 tahun

Bernama

Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 16 tahun di kawasan Taman Johor Jaya di Johor Bahru, kelmarin.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata pihaknya menerima laporan mangsa pada jam 9.21 malam pada hari kejadian sebelum suspek berusia 29 tahun dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian ditahan pada hari sama jam 11 malam di sekitar kawasan Bandar Seri Alam.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku pada jam 6 petang.

“Polis turut merampas telefon bimbit beserta kad sim suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu. Suspek direman mulai semalam hingga Ahad ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat jika sabit kesalahan.

“Kes masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu proses penyiasatan,” katanya.

- Bernama

Tiada ulasan: