"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemandu sempat keluar sebelum kereta masuk gaung, terbakar

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
BOMBA memadam kebakaran Volkswagen Golf Jalan Bukit Sebelah dekat Sik. FOTO Ihsan Bomba
BOMBA memadam kebakaran Volkswagen Golf Jalan Bukit Sebelah dekat Sik. FOTO Ihsan Bomba
Sik: Lelaki sempat menyelamatkan diri apabila keluar dari Volkswagen Golf yang dipandunya, sebelum kereta itu terjunam ke dalam gaung dan terbakar di Jalan Bukit Sebelah di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Zulkhairi Mat Tanjil berkata, lelaki berusia 36 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.53 pagi dan sepasukan anggota dari BBP Sik yang diketuai Soffuan Sabry tiba di lokasi bersama tujuh anggota.

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa dipercayai memandu kereta berkenaan dari Pekan Sik menuju ke Baling.

"Tindakan yang dilakukan bomba adalah memadam kebakaran hingga api dipadam sepenuhnya.

"Berdasarkan maklumat mangsa, kejadian berlaku apabila dia memandu dan nampak dengan jelas laluan itu jalan lurus, sedangkan ia adalah kawasan selekoh," katanya di sini, hari ini.

Zulkhairi berkata, Volkswagen Golf itu musnah dengan kira-kira 90 peratus daripadanya terbakar.

Beliau berkata, kes diserahkan kepada pihak polis dan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah bagi tujuan siasatan lanjut.

Tiada ulasan: