"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isteri bersubahat dengan suami melakukan amang seksual terhadap remaja 17 tahun

Bernama

Seorang pemilik rumah perlindungan kanak-kanak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kangar hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan tiga tahun lepas.

Azim Zaidi Abdul Rahman, 55, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berumur 17 tahun tujuh bulan di sebuah rumah di Jejawi, Arau di Kangar pada 21 Sept 2021 mengikut Seksyen 14(a) serta 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan.

Di mahkamah sama, isteri Azim Zaidi iaitu Harisun Abdul Rahman, 53, yang berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat melakukan kesalahan itu, minta dibicarakan.

Mahkamah kemudian membenarkan pasangan suami isteri itu masing-masing diikat jamin sebanyak RM10,000 serta memerintahkan agar mereka tidak menghampiri mana-mana saksi dan menetapkan 13 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Alia Suzila Chek Pi manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Pyara Singh.

-Bernama

Tiada ulasan: