"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PRO DAN KONTRA TERHADAP CITRA POLITIK DI PERAK

  PANDANGAN DR ABDUL RANI

Pada pandangan saya,(Dr Abdul Rani) permohonan kesepuluh-puloh permohonan itu bertindih (overlapping) dan mahkamah pada kewajaannya tidak perlu memberikan kesepuloh-puloh permohonan itu. Dengan membatalkan keputusan Speaker Dun Perak V. Sivakumar terhadap Dato Zambry dan 6 Exconya lagi, res ipsa loquitornya (tersirat dan tersuratnya) adalah tindak-tanduk V.Sivakumar tidak mengikut Undang2. Dua permohonan yang dibenarkan itu sudah cukup untuk mereka menghadiri sidang DUN.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan?

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

Komen saya (Dr Abdul Rani):

Keputusan mahkamah membatalkan keputusan Speaker Sivakumar tentulah bermaksud (res ipsa loquitor) bahawa “menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

Res ipsa loquitor bermaksud, perkara itu menjelaskan sendiri kedudukan perkara berkenaan – tiada perlu nak dibukitkan. Contohnya, jika sampah terdapat didepan rumah A, maka A yang bertanggungjawab terhadapnya melainkan ada bukti sebaliknya (lihat juga seksyen 106 Akta Keterangan – fakta yang dalam pengetahuan seseorang),

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

Komen saya (Dr Abdul Rani):

Mahkamah Persekutuan bersidang atas kapasiti bidangkuasa sivilnya bukan dalam bidangkuasa jenayahnya. Persoalan hendak mensabitkan Speaker dengan suatu kesalahan tidak timbul. Dalam hal ini, terserah kepada polis untuk melakukan siasatan (Akta Polis dan Kanun Keseksaan (antara lainnya) terpakai.

Seterusnya, terpulang kepada PendakwaRaya (Artikel 145(3) Perlembaggan Persekutuan dibaca dengan seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah) untuk membuat pendakwaan menggunakan mana-mana undang2 bertulis yang relevan. Seperti semua pengamal undng2 menetahui, beban undang2 diatas bahu Pendakwa untuk mendapatkan sabitan dan baharulah mahkamah boleh tentukan samada sabit atau tidak. Maka dalam bidangkuasa sivil, permohonan ini ini tidak relevanpun.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani)

Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor).

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani)

Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor).

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani)

Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Tugas ADUN adalah isu berbeza. Isu yang relevan kini ialah boleh atau tidak mereka hadiri sidang DUN?

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani)

Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Dengan pembatalan itu, bukankah mereka sudah boleh hadir sidang DUN?

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani)

Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor).

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani)

Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Pemberian Kos adalah budibicara Mahkamah - mungkin kerana pihak-pihak bertelagah adalah kakitangan kerajaan.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani)

Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Apa yang menghalang mereka dari hadir sidang telahpun dibatalkan mahkamah. Apa perbezaan diantara “berhenti makan sebelum kenyang” dengan “jangan makan sampai kenyang”? atau air “separuh penuh” dengan “separuh kosong”?

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

Pandangan saya (Dr Abdul Rani)

Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Apa yang menghalang mereka dari hadir sidang telahpun dibatalkan mahkamah. Apahalnya pula mereka tidak boleh hadir? 
 

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin 
Pensyarah (Jabatan Undang2 Awam) 
Fakulit Undang2 IIUM



 

 PANDANGAN NASPAZI

1. Pembaca yang budiman, jika pandangan saya salah sila betulkan. Semenjak ketibaan ilmu baca dan tulis kepada bangsa melayu dalam bentuk tulisan jawi, dan semenjak melayu mula mencatatkan sejarah bangsanya dengan tulisan jawi, yang hasilnya dinilai oleh generasi melayu kini dan semasa jelas membentangkan perilaku kelompok melayu yang jahat sentiasa menang dan hidupnya panjang. Manakala kelompok melayu yang baik sentiasa kalah dan dipendekkan umurnya dengan pembunuhan oleh kelompok melayu yang jahat. Apabila kelompok melayu yang baik punah dibunuh, maka kelompok melayu yang hidup semuanya penjahat, penyangak dan penjilat.

2. Betapa kitab sejarah dan hikayat melayu sendiri telah membuktikan bahawa kelompok melayu yang jahat bukannya bijaksana. Justeru, akhirnya kelompok melayu yang jahat telah dimalukan dan diaibkan sebagai bangsa yang dijajah dan terjajah beratus-ratus tahun lamanya. Namun begitu, semenjak 1957 bangsa melayu telah berpeluang bernegara dan bermasyarakat sendiri atas nama Persekutuan Tanah Melayu dan kini Persekutuan Malaysia semenjak 1963.

4. Malaya merdeka dan dimerdekakan oleh British kepada kelompok melayu UMNO. Justeru, kelompok melayu UMNO sentiasa perasan, di samping mengidap penyakit Sindrom Malaysia Abadi Bertuankan UMNO. Yang demikian, seluruh instrumen negara bermakna instrumen UMNO juga. Betapa tingkah laku dan mentaliti kelompok melayu UMNO bagaikan Namrud, Firaun dan Komunis yang tidak boleh diganti oleh kelompok melayu yang lain, melainkan dari kalangan kelompok melayu UMNO.

5. Betapa Profesor yang bijaksana bukan kangkong, namun terdapat juga segelintir Profesor serta seluruh instrumen rakyat dan negara yang boleh diperalatkan oleh kelompok melayu UMNO untuk mewajarkan niat dan kehendak mereka. Niat dan kehendak mereka tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk mewajarkan kekekalan melayu UMNO ditampuk kekuasaan, sekaligus menafikan kelompok melayu yang bukan UMNO untuk mendapat peluang memerintah Malaysia.

6. Profesor yang sanggup menjadi boneka kerajaan sentiasa membela pemerintah yang senget dengan hujah akademik yang mantap apa nama kununnya. Persoalannya ialah, adakah salah atau tidak Profesor membela kerajaan? Jawapannya tentulah tidak salah jika kerajaan yang dibela itu baik dan adil. Namun, jika kerajaan yang dibela itu ternyata jahat dan zalim tentulah salah. Dengan ungkapan lain, Profesor yang membela kerajaan yang ternyata jahat dan zalim, secara benarnya mereka telah menjual martabat keilmuan mereka kepada melayu UMNO untuk menjadi alat propaganda dan sekaligus C4 kepada kelompok melayu yang bukan UMNO.

7. Betapa penonjolan Profesor yang membela melayu UMNO sudah tentu terselit muslihat yang memberi manfaat kepada melayu UMNO. Antara muslihat yang dapat dibayangkan adalah suatu pemutaran minda masyarakat agar selamanya merestui kekekalan melayu UMNO di singgahsana kekuasaan tanpa sebarang peluang bagi melayu yang bukan UMNO untuk memimpin negara.

8. Dalam sejarah dan hikayat pelbagai bangsa manusia purba, termasuklah bangsa melayu menjelaskan bahawa, ketaatan rakyat kepada raja sebenarnya bersyarat, syarat yang saya maksudkan ialah, rakyat hanya akan taat kepada raja yang masih berkuasa. Tatkala raja diserang dan kalah berperang kepada raja yang menyerang, nescaya seluruh penghuni istana akan dijadikan hamba abdi kepada raja yang menang. Sementara Permaisuri Raja yang kalah akan menjadi gundik kepada raja yang menang. Mana kala warga marhaen akan terus menjadi rakyat biasa kepada raja baru yang memerintah, walaupun pembesar istana sebelumnya telah menjadi hamba abdi kepada raja yang menang.

9. Betapa budaya jahat dan durja bangsa melayu dalam hikayat melayu seperti tipu-menipu, bohong-membohong, belot-membelot dan fitnah-memfitnah yang diwakili oleh Si Kitol dan Raja Mamak Mendaliar kini berlaku di depan mata khalayak negara dan antarabangsa. Tegasnya, semua budaya jijik para pembesar melayu silam, kini dilakukan semula oleh melayu UMNO yang gigih dipertahankan oleh Profesor upahan pemerintah.

10. Hakikat yang berlaku adalah, walau pun melayu UMNO telah menunggangi segala media, polis dan para hakim serta para doktor bagi menegakkan benang basah mereka dengan segala jenis penipuan dan pembohongan terjijik kepada warga marhaen, namun masih memerlukan dokongan para Profesor yang tergamak dan bersedia untuk diperalatkan oleh pemerintah sebagai pencacai dan pelengkap kepada ruang kesarjanaan agung melayu UMNO dalam berbohong. Saya sungguh hairan, bagaimana para Profesor yang gagal membaca politik menegakkan benang basah melayu UMNO.

11. Ungkapan kata jasa sering dikumandangkan oleh para pembela melayu UMNO untuk mewajarkan melayu UMNO terus berkuasa dan memerintah negara. Walau pun jasa pada pandangan saya bukan penanda aras untuk tidak mewajarkan perubahan kepimpinan dan kerajaan. Sementelahan, dalam usaha menukar pemerintah dan kerajaan dalam negara yang mendakwa demokrasi bukan suatu pengkhianatan yang layak untuk dihantar ke tali gantung.

12. Amerika Syarikat yang dikatakan sebagai pengamal demokrasi terbesar dunia tidak ada halangan untuk sering bertukar pemerintah. Di awal kemerdekaan Amerika Syarikat bermula dengan presiden tanpa parti, kemudian disusuli dengan presiden yang berparti Demokrat, seterusnya kepada presiden yang berparti Republik, kemudian bertukar lagi kepada presiden yang tanpa parti dan demikianlah seterusnya.

13. Betapa warga Amerika Syarikat tidak pernah membangkitkan soal jasa mana-mana parti, atau menjadikan jasa mana-mana parti sebagai alasan untuk tidak mewajarkan pertukaran kerajaan Amerika Syarikat dari satu parti kepada parti yang lain. Untuk membuktikan kesahihan pandangan saya, maklumat berikut kiranya dapat membantu Profesor melayu UMNO yang berhubung dengan silih bergantinya presiden dan parti yang dianggotai oleh para presiden Amerika Syarikat dari awal mulanya hingga kini, sekarang dan saat ini.

01. George Washington: 1789 - 1797 (Tanpa Parti) 
02. John Adams : 1797 - 1801 (Federalist) 
03. Thomas Jefferson: 1801 - 1809 (Democratic) 
04. James Madison: 1809 - 1817 (Democratic) 
05. James Monroe: 1817 - 1825 Democratic) 
06. John Quincy Adams: 1825 - 1829 (Democratic) 
07. Andrew Jackson: 1829 - 1837 (Democratic) 
08. Martin Van Buren: 1837 - 1841 (Democratic) 
09. William Henry Harrison: 1841 - 1841 (Tanpa Parti) 
10. John Tyler: 1841 - 1845 (Tanpa Parti) 
11. James K. Polk: 1845 - 1849 (Democratic) 
12. Zachary Taylor: 1849 - 1850 (Tanpa Parti) 
13. Millard Fillmore: 1850 - 1853 (Tanpa Parti) 
14. Franklin Pierce: 1853 - 1857 (Democratic) 
15. James Buchanan: 1857 - 1861 (Democratic) 
16. Abraham Lincoln: 1861 - 1865(Republican) 
17. Andrew Johnson: 1865 - 1869 (Democratic) 
18. Ulysses S. Grant: 1869 - 1877 (Republican) 
19. Rutherford B. Hayes: 1877 - 1881 (Republican) 
20. James A. Garfield: 1881 - 1881(Republican) 
21. Chester A. Arthur: 1881 - 1885 (Republican) 
22. Grover Cleveland: 1885 - 1889 (Democratic) 
23. Benjamin Harrison: 1889 - 1893 (Republican) 
24. Grover Cleveland: 1893 - 1897 (Democratic) 
25. William McKinley: 1897 - 1901(Republican) 
26. Theodore Roosevelt: 1901 - 1909 (Republican) 
27. William Howard Taft: 1909 - 1913 (Republican) 
28. Woodrow Wilson: 1913 - 1921 (Democratic) 
29. Warren G. Harding: 1921 - 1923 (Republican) 
30. Calvin Coolidge: 1923 - 1929 (Republican) 
31. Herbert Hoover: 1929 - 1933 (Republican) 
32. Franklin D. Roosevelt: 1933 - 1945 (Democratic) 
33. Harry S. Truman: 1945 - 1953 (Democratic) 
34. Dwight D. Eisenhower: 1953 - 1961 (Republican) 
35. John F. Kennedy: 1961 - 1963 (Democratic) 
36. Lyndon B. Johnson: 1963 - 1969 (Democratic) 
37. Richard Nixon: 1969 - 1974 (Republican) 
38. Gerald Ford: 1974 - 1977 (Republican) 
39. Jimmy Carter: 1977 - 1981 (Democratic) 
40. Ronald Reagan: 1981 - 1989 (Republican) 
41. George H. W. Bush: 1989 - 1993 (Republican) 
42. Bill Clinton: 1993 - 2001 (Democratic) 
43. George W. Bush: 2001 - 2009 (Republican) 
44. Barack Obama: 2009 Sekarang (Democratic) 

 - Naspazi 

http://naspazi.multiply.com

Tiada ulasan: