"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ketua Umno bahagian tidak terbabit...

 Muda Mohd Noor 
ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh berkata, kemelut polisk yang berlaku di Terengganu sekarang adalah antara ADUN BN dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

"Ketua Umno bahagian tidak terbabit dengan kemelut ini. Ia adalah antara menteri besar dengan ADUN BN.

"Ketua bahagian tidak ada kuasa yang penuh dalam kerajaan negeri," katanya ketika diminta mengulas laporan bahawa tujuh daripada lapan ketua bahagian menyokong Ahmad.

Dalam laporan hari ini, 
Malaysiakini memetik setiausaha Umno negeri, Datuk Rosli Mat Hassan sebagai berkata, hanya ketua Umno Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang tidak menyokong Ahmad.

Terengganu kini berdepan dengan kemelut politik apabila 18 daripada 24 ADUN BN mendesak Ahmad supaya meletakkan jawatan menteri besar.

Malah, kemelut tersebut menyebabkan Ahmad membatalkan lawatannya ke Russia dan Ukraine yang dijadualkan bermula semalam.

Sementara itu, Abdul Halim juga mengesahkan18 ADUN, termasuk enam exco kerajaan negeri menyokong tindakan mendesak Ahmad meletakkan jawatan.

Menurutnya, enam exco terbabit telah mengisytiharkan sokongan mereka baru-baru ini.

"Kita tanya kepada exco kerajaan negeri Terengganu adakah setuju atau tidak Ahmad terus menjadi menteri besar.

"Enam daripada mereka kata tidak setuju," katanya kepada
Malaysiakini.

Abdul Halim juga berkata, tindakan untuk menggantikan Ahmad adalah semata-mata untuk menyelamatkan Umno negeri.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: