"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

TG Nik Aziz - TG Hadi Awang, berlawan tiada, berpisah pun tiada

TG Nik Abdul Aziz dan Tg Hadi Awang adalah dua tokoh ulamak yang amat sinonim dengan PAS. 

Keilmuan mereka berdua tidak dapat dinafikan oleh kawan dan lawan. Merekalah ulamak yang beramal dengan ilmunya, ulamak yang menyebarkan ilmunya untuk manfaat semua, ulamak yang menghasilkan beratus-ratus kitab untuk menjadi bahan rujukan dan nukilan.

Di antara mereka berdua, ada kelebihan masing-masing dan keistimewaan masing-masing.

Untuk membeza di antara mereka berdua di segi kehebatan ilmu, kewarakan dan ketawadukkan amatlah kurang beretika samaada ia dari pihak lawan atau lebih-lebih lagi dari penyokong dan pendokong PAS sendiri.

Jika ada usaha-usaha seperti itu, itu adalah satu perbuatan khianat yang berniat jahat untuk memecah-belahkan penyokong dan pendokong. Satu usaha yang tidak didasarkan oleh ilmu dan satu usaha yang meminggirkan iman. 

Memang kedua-dua mereka tidak maksum, mereka juga manusia biasa yang terdedah kepada kesilapan. Mereka terbuka untuk menerima teguran dan kritikan secara berhemah. Bukan cara arab badui yang menegur Khalifah Omar secara kasar. 

TGHA mungkin secara kebetulan membuat pengakuan di Kelantan bahawa beliau bersedia ditentang di dalam Muktamar PAS bulan Jun nanti.

Jikalau ungkapan itu pun disensasikan oleh orang-orang PAS sendiri, membuat telahan dan berperangsangka buruk kononnya TGHA bermaksudkan ungkapan itu kepada TGNA, maka amatlah malang bagi orang-orang PAS yang berpegang kepada prinsip Islam yang bersandarkan kepada ilmu, berpaksikan kepada akidah, berpaut kepada iman dan takwa.

Inilah yang membezakan perjuangan PAS dengan UMNO.

http://al-brangi.blogspot.com/

Tiada ulasan: