"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nizar vs Zambry : Nizar Pulangkan Toyota Camry


   

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah memulangkan kereta Toyota Camry yang menjadi kereta rasmi beliau sejak memegang jawatan tewrsebut.

Walau bagaimanapun setelah Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengesahkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai Menteri 

Besar 22 Mei lalu, Pegawai Khas beliau, Amran Harun telah menerima panggilan daripada seorang penghantar surat pada pukul 7.12 petang hari yang sama mengenai arahan memulangkan kereta berplat AGS 10 tersebut.

Datuk Seri Nizar sebelum ini telah berjanji mengembalikan kereta tersebut selepas sahaja keputusan mahkamah diketahui. Beliau dijangka mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan mahkamah Khamis lalu. Hakim Mahkamah Rayuan mengumumkan Zambry sebagai MB Perak pada jam 3.50 petang pada 22 Mei yang lepas.


Adakah soal isu Camry akan timbul kembali sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan berpihak kepada Nizar pula?

Sebelum ini 15 kereta Camry yang menjadi kereta rasmi exco Pakatan Rakyat telah diserahkan kembali dan dilelong oleh Dr Zambry April lalu.
-TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: