"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hentam PAS, helah Ibrahim Ali untuk masuk semula BN

WAN NORDIN WAN YAACOB

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menegaskan, Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali tidak mempunyai asas untuk menghentam Pakatan Rakyat (PR) dalam isu berkaitan orang Melayu, Malah kata Salahuddin tindakan Ibrahim itu menampakkan wajah sebenar Ibrahim dalamsebagai helah untuk kembali semula kepada Umno/Barisan Nasional (BN).

Ujar Salahudin, ahli Parlimen Pasir Mas itu tidak mempunyai asas yang kukuh untuk memberi sebarang pendapat mengenai PR, kerana beliau sendiri mesti ingat bahawa beliau sudah lama berakar umbi dalam Umno,

Sedangkan kemenangan di Parlimen Pasir Mas pada pilihan raya umum lalu hanya belas ihsan PAS, ujarv Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.

Naib Presiden PAS itu menasihatkan Ibrahim agar tidak terus bercakap tentang perpaduan, sebaliknya tumpukan usahanya untuk kembali kepada Umno

Sehubungan itu Salahuddin mencabar Ibrahim agar mengemukakan bukti yang mendakwa PAS bersekongkol dan menjadi alat kepada DAP dalam usaha memecahbelahkan orang Melayu.

Selama ini PAS telah memperjuangkan hak orang Melayu, kedudukan raja-raja Melayu serta agama Islam sebagai Agama Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Perkara 152 dan 153, katanya.

Ujar Salahuddin, PAS konsisten akan mengekalkan perjuangan itu sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

PAS dan parti dalam Pakatan Rakyat telah berjayamewujudkan satu model perpaduan dalam era globalisasi di negara ini.

"Tohmahan Ibrahim kepada DAP dengan mengatakan PAS dan Anwar menjadi alat DAP tidak berasas sekali walhal dalam media hari ini, kita sendiri dapat melihat perpecahan dalam kalangan pemimpin BN," katanya

http://warta-utara.blogspot.com

Tiada ulasan: