"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tinggalkan Umno, Sokonglah PAS!

Detikdaily

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyeru rakyat agar meninggalkan Umno ya[tolak.jpg]ng bersifat perkauman sebaliknya menyokong PAS yang memperjuangkan Islam yang syumul.Ketua Penerangannya, Suhaimi Abdul Aziz dalam satu kenyataan berkata, PAS adalah wadah yang terbaik untuk rakyat Malaysia kerana Islam yang diperjuangkan bersifat sejagat dan tidak meletakkan kepentingan hanya kepada kaum-kaum tertentu seperti yang diamalkan oleh Umno dan parti-parti lain dalam Barisan Nasional.

Kenyataan itu sebagai respon kepada kenyataan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengakui Umno adalah sebuah parti perkauman yang dilihat bercanggah dengan kenyataan pemimpin-pemimpin Umno sebelum ini, kononnya Umno adalah parti untuk semua rakyat.

"Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan memandang berat kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir itu.Kenyataan bekas Perdana Menteri yang pernah memimpin Umno selama 22 tahun itu, membuktikan kebenaran selama ini bahawa Umno memang sebuah parti perkauman.

"Sejak kewujudannya, ia memang hanya memperjuangkan hanya bangsa Melayu sehingga menafikan kepentingan bangsa-bangsa lain.

"Keadaan begini dengan sendirinya menafikan hak kaum dan bangsa lain," katanya.

Suhaimi juga berkata, perkara itu menyebabkan tidak ada tempat bagi kaum Cina dan India dalam perjuangan Umno, bahkan ia bercanggah dengan konsep 1Malaysia yang diperjuangkan oleh kerajaan Umno-BN.

Umno sehingga kini katanya tetap beranggapan hanya Melayu sahaja yang mulia dan wajar dibantu manakala bangsa lain yang tertindas tidak ada hak.

"DPPWP turut menegaskan, zaman parti yang yang berasaskan kepada perkauman atau kebangsaan sudah berlalu sebaliknya rakyat kini mahu melihat parti yang memperjuangkan nasib semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau kaum.

"Rakyat juga sudah muak dengan semangat perkauman yang sempit seperti yang berlaku dalam parti-parti BN sekarang.

"Islam adalah bersifat rahmatan lil Alamin (rahmat ke atas sekalian Alam). Islam mengutamakan kepentingan hak semua kaum dengan menolak fahaman kebangsaan yang sempit.

"Islam adalah agama sejahtera yang merangkumi semua bangsa dan keturunan tanpa mengira warna kulit dan bangsa. Islam tidak terbatas pada sempadan geografi dan menganggap semua yang beragama Islam adalah saudara seagamanya yang wajib dibela," katanya lagi.

PAS pula ujarnya, adalah sebuah parti politik yang berusaha menegakkan Islam sejak penubuhannya dan tidak pernah menolak kepentingan bangsa lain untuk mendapatkan hak mereka.

"PAS sendiri berjuang untuk membela bangsa Cina dan India yang susah dan melarat," katanya.

Justeru, PAS telah menubuhkan Kelab Penyokong yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Malahan Mursyidul Am, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengisytiharkan untuk melantik Menteri Besar dari kalangan bangsa Cina sekiranya mereka beragama Islam dan layak untuk menduduki kerusi tersebut.

Tiada ulasan: