"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Raja Petra akan diekstradisi?

Polis Diraja Malaysia akan memohon perintah ekstradisi terhadap pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Raja Kamarudin yang dilaporkan kini tinggal di sebuah pangsapuri mewah di London.Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, pihaknya tidak akan lepas pandang mengenai laporan tersebut dan kini sedang menyiasat sama ada benar Raja Petra sedang bersembunyi di negara itu.

Raja Petra tidak hadir di mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lepas menyebabkan dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

Bagaimanapun ekoran kegagalan pihak pendakwa mengesan Raja Petra, Mahkamah Sesyen pada 11 dan 13 November telah membebaskan tanpa melepaskannya yang sebelum itu sepatutnya menghadiri perbicaraan kerana menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Polis Malaysia akan turut meminta bantuan polis antarabangsa dan kerajaan Britain bagi memastikan dakwaan itu benar.

“Kita sedang siasat laporan Mingguan Malaysia dan meminta bantuan Interpol serta kerajaan British.

“Jika benar dia (Raja Petra) berada di sana, kita akan minta bantuan kerajaan British mendapatkan perintah ekstradisi kerana dia perlu menghadiri perbicaraan di mahkamah,’’ kata beliau kepada Utusan Malaysia.

Semalam, Mingguan Malaysia melaporkan pengendali laman web itu dipercayai bersembunyi di Apartment Trinity Court di Gloucester Bayswater, London.

Raja Petra dipercayai menyewa salah sebuah unit di pangsapuri mewah enam tingkat itu sejak menjadi buruan polis, kira-kira lapan bulan lalu.

Pangsapuri terbabit dikategorikan sebagai kediaman mewah. Setiap unitnya mempunyai dua bilik tidur, dua bilik air, dapur dan ruang tamu.

-M/Insider-

Tiada ulasan: